Saturday, November 14, 2009

JEMPUTAN...

Salam...

Bodoh macam Teloq !!! Banyak maknanya tu..Pasai apa boleh jadi bodoh pulak teloq tu? Heran wan no!! Hehehehehe...

Semalam dapat satu SMS dari Attaturk....

Jemputan Kahwin..anak Satirah Latiff (makngah - Penyampai radio Kedah FM)..

Tarikh : 29/11/09 (Ahad)
Alamat : No.5, Taman Sawa, Jln Lencongan Barat, A/Star.
(dekat Petronas)
No Tel : 0134302040

Kalau tak silap aku, ada dress code untuk hadir majlis ni dan ada time utk gang2 SMJ hadir. Aku akan cuba dapatkan maklumat yang lebih. Jadi sesiapa yang dapat hadir, silakanlah..

WASSALAM

Friday, November 13, 2009

TELOQ..


Assalamualaikum..

Aku dapat email ni dari SNQ tentang hamba Allah ni yang berumur 97 tahun yang telah dengan tekunnya menulis ayat2 suci Al Quran keatas teloq. Tak disebut pulak lah teloq apa, ayam ka, itik ka, itik angsa ka, unta ka...hehehehe.

Katanya dia berjaya tulih complete ayat2 dalam Al Quran dengan menggunakan 8 bijik teloq..Subhanallah..Dahsyat.







Dahsyat kan?

WASSALAM...

Wednesday, November 11, 2009

DENDA SIKIT SANGAT Daaa..

Assalamualaikum...

Mola2 FAM kata rosak kat Stadium Nasional lebih kurang RM150K+, pastu Shabery Chik kata rosak sana sini, kerusi satu pun lebih kurang RM500 campoq pi toghak(tolak) mai, mmm RM214K.
Tup tup tadi FAM kata kerosakan dia tanggung dan denda KAFA RM50K...

Ish ish ish...Sikit sangat lah aku rasa. Cam Shabery kata dlm Parlimen lah, duit yang nak repair semua tu mai dari rakyat... Rakyat yang sakit mata memandang macam aku ni pun kena bayaq untuk keganasan yang mangkok hayun tu semua buat ka? Ini tak adil...kan?

Apo nak di kato...keputusan dah dibuat. Tu pun ada clause lagi untuk KAFA merayu.. Kononnya ada 3 pertuduhan saja. Ish yang aku tengok kat dalam TV hari tu berlambak lambak dok baling botoi, sampaikan kat bomba yang nak pi padam api pun depa baling gak... Kesian mamat tu. Nazri mesti hot punya tengok camtu. Aku pun hot.

Sikit sangat lah RM50K tu..Sikit..sikit..Tak patut....

WASSALAM

TUN SHOPPING...




Salam semua...

Terbaca blog Minaq Jinggo, ada lah pulak gambaq Tun yg pi shopping kat Isetan KLCC.. Masih fofular nampak gaya..Ramai yang nak bersalam ngan dia.. Well, dia pun macam Superstar lah kan. Lagi dahsyat dari MAWI kan...hehehehe..

Tuesday, November 10, 2009

KELATE oh KELATE

Salam..

Tahniah Negeri Sembilan yang mencapai kemenangan mutlak dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari. 60 tahun menunggu, akhirnyo dapek juo wak balik Pialo tu..

Nak royak guano lagi dok tahu doh peranga penyokong Kelate nih..Bukan la nie je...Dari dolu2 pun depa dah camni. Fanatik gila babi betui. Kalu takat fanatik cam gang Kedah yang selalu dok menang atau pun Selangoq tak pa jugak, tapi ni jenih nak merosak harta benda, baling mercun, tak kisah keselamatan orang, apa kebenda depa ni ha?

Ada yang menggelar Kelantan tu serambi Mekah yang membawa maksud yang amat dalam sekali, tetapi kalau tengok pulak penghuni nya yang menelanjangkan perangai depa kat dalam stadium tu aduh ..malu aku, geram lagi banyak yang sebenaqnya. Dalam hati aku dah memang ingin sangat nak tengok Nogori monang, sebab Kodah tak do mlm tu.

Lain kali, penyokong Kelantan ni kena pakai seluaq dalam je masuk Stadium supaya depa tak leh seludup mercun dan bunga api masuk dalam...Hehehehe...