Thursday, September 17, 2009

AL-FATIHAH

Assalamualaikum...

Terlewat sangat bagi aku untuk memasukkan berita yang aku terima nih. Maaf dipinta.

Aku terima berita sedih dari Fadzillah..Beginilah bunyinya...

"Aslmkm.. Kekanda (kakak) Hamsan tlah pulang ke rahmatullah lewat mlm semalam. Sila war warkan kepada sahabat yang ingin menziarah. Jenazah di jangkakan dikebumikan pada 11 pagi. Terima kasih."

Terima kasih diucapkan kepad Fadz kerana mewar warkan berita ini. Paling afdal sekiranya sesiapa yang nak menziarah atau nak sampaikan ucapan takziah, silalah call Hamsan sendiri.

Al Fatihah...

Monday, September 14, 2009

KIAMBANG BERTAUT

Assalamualaikum...

Ada jemputan dari Koden yang mewakili AJK ALUMRA. Kalu terasa ingin tahu ngan lebih lanjut dan aku berharap sangat agar hampa amik tahu ngan lebih lanjut lagi dari Koden sendiri atau pun baca komen yang dia masukkan dalan tajuk VICE VERSA.


Majlis Hari Raya Kiambang Bertaut
Tarikh : 3hb. Okt.2009
Waktu : 8 malam
Tempat : Kelab Shah Alam Selangor
Yuran : RM30 (sorang). Kehadiran suami/isteri amatlah dialu-alukan.


Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin.

VICE VERSA


Assalamualaikum...

PAgi ni bangun lewat sikit. Lepas Subuh sudah sambung sampai kul 9 baru bangun daaa... Tau sajalah kepala ghaplah nih. Duit dari langit tak turun2 lagi. Raya dah dekat. Along dah dok ketuk pintu..Tunggu cat merah je depa belum simbah..hehehehe..Sabar....

Aku terima satu msg dari kawan aku pagi nih dan aku rasa tak salah kalau aku masukkan disini...

"Assalamualaikum. Aku buka dan baca darah59 setiap hari hari kerja tak leh pagi, petang(aku hanya guna komputer ofis dan tentunya banyak syarat) dan aku seronok apa yang kawan tulis dan komen. Tapi hari ni aku SANGAT tersentuh bila baca KELAS GITU. Sesungguhnya aku tak pernah nak menjauhkan diri lebih2 lagi merajuk atau belot atau meruntuhkan apa saja benda baik yang sama sama kita mulakan 3/4 tahun lepas. Kalau aku dah dianggap curang aku minta maaflah di bulan Ramadhan yang mulia ini."

"Camtu je lah nak dapatkan respon dari hang..." Jawab aku.

"Orang tua yang jiwanya bersih mudah terusik. Hahahaha" Kata dia..

"VICE VERSA..." Jawab aku lagi..

Takat tu jelah sms aku pi mai ngan dia.

Well maybe dengan penjelasan diatas maka boleh lah kut kita isytiharkan bahawasanya yang kena jemput pi lah. Yang tak kena dok diam2 sudah..hahahaha..

WASSALAM

Sunday, September 13, 2009

ERATKAN PERSAHABATAN

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk : Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Saturday, September 12, 2009

TG TOKONG

Assalamualaikum....

Aku baru balik dari Bazaar Ramadan Tanjong Tokong. Ini actually kali kedua aku kesana. Kali pertama aku pi 2 minggu sudah, aku dah sedar bahawa pelanggan kat situ hanya 50% Melayu. Lagi 50% adalah campuran etnik lain. Best kan..Tak rasa cam Ramadan..ingat cam pasar malam pulak. Tapi tak salah kat depa sebab ini lah masanya nak dapat bermacam2 jenis makanan di satu tempat. 1 stop center lah tu kan?

Aku sudah teringin nak makan koay teow hari ni jadi aku pun terus lah pi kat Makcik tu untuk order. Masa nak bungkuih dia dah tanya aku.."nak cabai jeruk ke.." Aku jawab "mau". Dia tanya lagi.."Melaka ka Penang"...terkedu aku sat. Baru aku nampak dia ada 2 balang jeruk. Satu cabai biasa satu lagi cabai burung. Cabai Melaka lah tu org Penang panggil. "Melaka", jawab aku..Hehehe RM1.50..

Ok..KL dah buka. Tunggu Penang now..Chow

WASSALAM