Sunday, August 16, 2009

AYAQ..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..adik aku pun dah discharge. Lega lah kepala otak sikit. Tapi hampa tau lah Hospital Kerajaan ni, banyak birokrasi sangat masa nak discharge tu. Janji dari pukul 2 ptg sampai last2 kul 5:45ptg baru lepas. Tak larat menunggu. Tapi nasib baik lah rumah dekat. About 15mins drive je.

Cerita kisah minum ayaq ni memang aku pun dengaq bayak gak. Satu cerita aku dapat dari member yang bertugas sebagai Pegawai Perubatan kat Penang, katanya yang dok jadi batu dalam bladder ngan kidney ni kebanyakkannya adalah orang Melayu. Satu sebab pasai kita ni susah nak minum ayaq masak. Yang asyik kita minum teh o ais, teh ais, kopi ais dsb. Ayaq tin ni aku dok tengok, gang2 yg berusia(antara kawan2 aku lah) tak dak dah yang minum. Tapi budak2 muda, banyak sangat. Anak aku pun dah banyak kali aku warning dah..La ni mungkin dah kurang dah la kut.

Lagi satu sebab org melayu ramai sakit ni adalah kerana gang2 yang kerja luar ni suka tahan kencing katanya. Reason being sebab depa nak sembahyang dan kekadang toilet yang ada air dan sebagainya susah nak dapat kat site atau jauh..Ni lah cita yang aku dapat dari kawan aku tu. Kajian dia lah kut. Sebab dia selalu tanya pesakit dia mungkin...Dia tahu aku kerja kat site, so dia memang suruh aku minum ayaq selalu.

Daripada cita diatas tadi aku simpulkan camni lah..Kalau minum banyak, cepat pulak nak kencing. Bila kencing tak konfiden plak ngan kebersihan diri sebab sat gi nak solat..So amacam? Banyak cara lain lagi kalau nak betui2 jaga kebersihan diri kan? Ni semua alasan je..

Anyway aku nak ucapkan terima kasih banyak pada kawan2 yang sms aku bertanyakan keadaan adik aku...Terima Kasih...

WASSALAM

Friday, August 14, 2009

RAMA2 GURUN..


Assalamualaikum...

Aku baru balik dari spital Sultanah Bahiyah Aloq Setaq..Nampak gaya adik aku dah kena kuarantin kat sana lah. Alhamdulillah, demam dia dah kebah. Recuperating dan dah bertenaga kembali..Siap suruh aku beli mee bandung, kira dah hampir ok lah tu.

Cafeteria kat hospital tu pun not bad actually, banyak jenis makanan ada dan dia buat cam stall2 gitu. Bersih dan tak lah boring kalu kita nak kena dok melangut kat situ untuk beberapa ketika. Aku ni memang suka nga2 tengok orang, maka kena sangatlah tempat tu ngan aku..hehehehe. Bermacam ragam.

95% Melayu..camana ISA kata. Kat spital tu lah. Tapi kat Kedah ni memang lah Melayu adalah majoriti, so memang patut ramai pun. Ada jugak yang tak pakai mask dalam org dok kelam kabut H1N1 ni. Memang mart kat hospital tu dan farmasi kat hospital tu dah out of stock ngan mask ni. Dulu sejurus kita sibuk ngan mask ni semasa jerebu, la nie dah pasai lain pulak.

Bilik yg adik aku duduk tu cuma ada 4 katil. Sapa yg nak masuk kat situ kena go thru security guard. Below 12yrs old, tidak dibenarkan. Tak dak mask, tidak dibenarkan. Entah camana ada satu couple ni dah masuk tanpa memakai sebarang PPE, tak dak pulak sapa pun yang halang. Heran wan no! Tak risau ka depa ngan wabak yang dok melanda ni? Atau nak serah je...

WASSALAM..hingga ketemu lagi..

WAD...

Assalamualaikum..

Aku kat Aloq Setaq la nie. semalam dapat call kata adik aku masuk wad sebab demam. Pagi tadi dari Penang aku singgah kat Gurun sat, pas tu terus shoot mai sini. Waktu melawat kul 1.00 tengahari pulak. So tak pa lah, lepas sembahyang sat gi aku pi lah.

Cousin aku dah bagi amaran supaya jangan bawa bapa aku pi melawat adik aku tu sebab dengan seriusnya selsema babi la nie, orang yang ada penyakit dan daya ketahanan diri rendah dinasihatkan agar menjauhi diri dari tempat dimana kuman kuman berkeliaran dengan banyak. Nila aku bagi tau kat dia, dia dah tak syok pulak. Tapi its for his own good.

Aku harap sangat agar gang2 kita bagi komen tentang penubuhan alumni yang Koden paparkan tu..Nak dengaq feedback dari hampa semua...

WASSALAM

ALUMRA..!!

Salam 1 Malaysia....

Alhamdulillah nampak gaya wakil kita berjaya jugak menghadirkan diri dia ke mesyuarat untuk nak tubuh alumni SMJ ni dan lapuran serta coretannya adalah seperti berikut :

KODEN said...
Salam,
Per: LAPORAN MESYUARAT PENUBUHAN PRO-TEM COMM. ALUMNI SMJ

Alhamdulillah aku bsyukur sbb dpt green lite dari 3 org kwn yg selama ni pun adalah penggerak group. Maka aku pun p lah meeting mlm tadi.
Apa yg buat aku jadi teruja n terangsang ialah usaha yg dbuat oleh abg2/kakak kiat of class69 ni telah menghasilkan 1 projek even before Alumni SMJ ni ddaftarkan. It's like having activities even before u get ur birth certificate.
Depa ni dah bawa 1 group dari UTM Kampus International ke SMJ utk bagi motivational n career path talk.
So mlm tadi depa buat 1 majlis utk menghargai sumbangan pihak UTM la. Sebab tu la depa panggil meeting d Jln Semarak. Aku pun jenoh kaghau lah dari Shah Alam (ptg kemarin aku ada meeting d SA). Tapi tak menyesai lima ret pun!!!
Rupa2nya group depa ni tak banyak beza dgn group kita. Ada yg setuju n ada yg tak dgn wawasan gini. Ada lelaki n ada pompuan yg committed.Ada yg emotional n ada yg agressive dlm mengenengahkan hujah. N ada siam jugak sorang! Ada yg mai tabog pamplet bisnes bila dpt pluang jumpa.
Tapi yg best sekali..., depa pun ada sorang (aku nampak macam) seniman yg gigi tinggai sebuntung, keluaqkan cadangan yg seolah2 separuh blur. Agak2 sapa di antara kita yg mirip abang kita yg ni ha????
Back to serious matter. Meeting smlm juga dah "letak dulu" 8 nama AJK utk tujuan pendaftaran dgn R.O.S. Maka timbul lah isu2 yg berbangkit dsebabkan oleh garis panduan n ketetapan ROS ni. Antara lain, Persatuan kita ni terpaksa ddaftarkan (buat masa ni) sebagai Alumni SMJ - Selangor n Wilayah Persekutuan. Panjang cerita n rumit kerja kalau kita nak menubuhkan d peringkat kebangsaan.
Maka semua ahli2 luaq KL/Sgor hanya akan boleh jadi ahli bersekutu. Panjang lah debate on pro n cons on this but we finally decided that "let's start dulu n tackle on the issues as n when it comes".
Aku akan cuba explain kat hangpa tentang masaalah ni d forum2 lain.
D samping tu, meeting mlm tadi jugak spend half it's time on nak pilih nama ringkas persatuan kita ni. Bercambah cadangan yg dlontarkan. Ringkaskan cerita mesyuarat memilih 2 nama utk dcadangkan kpd pihak pengurusan SMJ sekarang utk memilih. Nama2 nya ialah 1-JITRA n 2- ALUMRA.
Klau sapa2 ada pendapat kpd 2 pilihan ni.., coret2kan lah. Tapi jgn pula nak mai dgn cadangan baru sbb yg 2 ni dah d minit.
Rupa2nya ramai abang2 ni dok jengok DARAH59.BLOGSPOT. Kudos to Dz!!!!
Aku harap sangat2 geng kita n geng Ibnu Saman Aljalawi akn sama2 menyumbang dlm apa bentuk n saiz sekali pun utk tujuan persatuan ni.
As i see it, semua warga SMJ (dari 1968 sampai sekarang n kedepan adalah saudara kita). Mai lah kita tolong sumbang for a better tommorrow utk warga SMJ masa depan d samping mengimbau our good old days.
Mai la kita try leave a legacy or two before we leave for good. What better way n where better place can we choose to do it?

Wassallam.

AUGUST 14, 2009 11:43 AM

Cantik sungguh wawasan depa ni kan..Aku setuju sangat lah. Tentang nama ni, aku rasa biaqlah kat depa untuk menamakannya. Aku setuju saja..Tapi kalau hampa rasa nak contribute silakanlah.

Thank you very much Koden diatas kesudian hang mewakili kami semua. Untuk cerita atau berita seterusnya, hang bolehlah bagi email aku atau since hang kata ada gak abang2 yang dok jengok blog ni silalah guna email ni : dzamriabdulrahman@gmail.com. Senang untuk aku paparkan untuk gang2 kita betui dak?

Yang bestnya apa yang dibincangkan didalam meeting tu, dari apa yg Koden tulih ni, dan projek yang depa buat ni, kalau tak silap aku kita dah bincangkan lebih kurang 1 tahun setengah yang lalu. Gang2 teh tarik lah yang bincangkan. Tak ingat pulak samaada aku ada masukkan dalam blog ni.

Thursday, August 13, 2009

WAKIL....

Salam 1 Malaysia...Assalamualaikum...

KODEN said...
Salam,

Kelmarin super-duper senior kita d SMJ, Major(B) Bahar call aku jemput wakil darah59 to a meeting utk nak tubuh pro-term comm. Alumni SMJ/SATS/SKJ. Aku suka idea ni tapi
1-aku nak minta restu bro/sis utk aku hadir n wakili group kita. Aku tak mau buat hal ni atas pandai2 sendiri saja.
2-aku nak minta volunteer yg nak masuk jadi AJK. Boleh la aku cadangkan.
3-jgn pulak sbb aku p mlm ni, otometik aku yg dcadangkan.
Tolong contek aku dgn kadar segera supaya aku tak p meeting mlm ni with doubt samada aku ni wakil yg sah or cetakrompak!!!!
Baca, pikiaq n kontek aku dgn pendirian n pendapat masing2 k supaya aku tau aku patut cakap/senyap d meeting mlm ni.

Wassallam,

Alhamdulillah...nampaknya semakin membesaq kita punya network nih.. Adakah ia akan jadi terlalu besaq dan akan menimbulkan persaingan antara kita untuk mengepalainya? Tak mungkin kut..Harap2 dak lah no.

Aku merestui Koden untuk menghadiri mesyuarat ni sebagai wakil darah59. Get as much info as possible dan balik ceritakan lah kat kami semua. Kalu setakat pro tem committe ni sapa2 pung boleh jadi AJK..'aiman tak kisah'.. Tapi aku nak tau jugak hala tuju komiti ni dulu..

Maka dengan ini, aku sebagai pemegang mohor DARAH59, mengisytiharkan bahawasanaya Koden dilantik sebagai wakil DARAH59 ke mesyuarat pro tem commitee SMJ/SKJ/SATS serta bertanggung jawab untuk menceritakan secara terperinci apa yang di bincangkan dalam mesyuarat pro tem komiti tu kepada warga DARAH59.

WASSALAM...

demam aku belum kebah lagi daa..tak syok langsung rasanya..