Friday, July 3, 2009

KENDURI MAT LAZIN



Assalamualaikum...

Kenduri Mat Lazin besok. Sesiapa yg lupa, aku ingatkan lah. Attaturk ada call aku semalam bertanyakan samada nak pi sekali ke atau camana. Aku pun tak leh nak bagi jawapan lagi. Tapi nampaknya, aku akan cuba sedaya upaya untuk hadir. Aku dah boh kad dia sekali lagi kat sini.

Macam kata Mazlee lah, peluang untuk berjumpa sekali lagi dah terbuka. Tak payah bayaq duit. Mai makan je dan sedekah banyak mana yang mampu..hahahaha..

Tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat datang pada ibnu saman aljalawi yang juga melayari blog ini dan juga memasukkan blog add ni di dalam laman blog beliau. Semoga persahabatan kita berkekalan.

WASSALAM

Wednesday, July 1, 2009

Salam...

Fazie ada cadang suruh masukkan clip yg menyatakan MJ menyanyi lagu Give Thanks To Allah. Ok lah tu. Maka aku pun carilah dalam you tube. Tapi aku rasa rasalah, lagu ni dinyanyikan oleh Zain Bhikha.



MJ


Assalamualaikum....,

Michael Jackson @ Mikaeel telah disahkan meninggal dunia. Katanya dia dok praktis utk konsert dia kat London tiba2 terus jatuh dan jantung dia pun stop beating. Beat it..Beat it..No one wants to be defeated..Showing how funky strong is your fight..It doesn't matter who's wrong or right..Just beat it, beat it, beat it...

Sapa yang tak kenai Michael Jackson kan? Popular gila. Satu donia kenai dia. Start ngan Thriller dia tu lah yang buat ramai dok ikut cara dia menari. Adus..dia menari best betui kan. Entertainer yang tiada tolok bandingnya. Masa tu dia masih "African American" lagi. Maksud aku dia masih mempunyai warna asal dan ori lah org kata. Pas tu dia dah mula buat gila dah..atau pun dia dah gila ngan plastik. Pembedahan plastik. Aku terjumpa satu site ni yang ikut perkembangan rupa paras MJ ni dari mula sampai lah apabila muka dia dah jadi cam katun tak katun..cam tengkorak tak tengkorak..Hampa klik lah klu nak baca. History of Michael Jacksons Face.

WASSALAM

Monday, June 29, 2009

IDEA TINGGAI IDEA

Salam...

Nampak gayanya betui juga komen yang menyatakan kita ni bila sebut pasai duit je dah terkedu. Tapi ada suara di belakang yang selalu menyatakan bahawa bila idea murni di ajukan, ada orang yang cantas awai2. La nie idea dah dilontarkan, tapi masih tiada sambutan. Hanya beberapa kerat je yang bersuara. Ramai yang lain lebih suka bersuara bila sesuatu idea dilaksanakan.

Yang sebenaqnya memang senang untuk kita komen atau kutuk perkara2 yang dijalankan. Ini adalah kerana bila idea dijalankan, maka boleh lah kita nampak apa jadinya. Tetapi bagi yang mengeluarkan idea, ia hanyalah suatu ilusi. Semuanya dalam kepala pencadang. Patutnya kita sama2 lah pikiaq atau bagi cadangan agar ia menjadi lebih cantik dan lebih elok.

Kekadang pasrah tu memang ada bila kita cuba nak buat perkara yang baik, tetapi tiada sambutan. Tak kisah lah tu. Dah selalu sangat dah.

Aku bukannya nak give up on the idea, cuma aku tak nak lagi berbicara mengenainya dalam posting aku. 7 hari lamanya aku lontarkan cadangan. Dalam masa 6 hari ni, cuma 3 orang yg undi. Aku org yg pertama undi. TAL18 kedua. Yg ketiga tu aku tak pasti. Tapi aku berterima kasihlah pasai mengundi.

Dalam dok komen tu pun ada juga ayat2 yg mengadu domba kan kawan2. Ini yang tak best ni kan...Relax lah bro & sis. Mungkin idea aku tu tak berapa boleh diterima lagi oleh masyarakat yang kurang pengetahuan I.T ni..Tak pa..pelan pelan lah..Koho koho kata oramg Kelate...

WASSALAM

Saturday, June 27, 2009

IDEA

Salam semua,

Nampak sejuk kembali segala bicara berkenaan Khairat ni dan masih tiada persetujuan atau pun bangkangan. Aku pun tak nak tunggu lama2, sebab tu aku cuma boh 7hari utk mengundi. Kalau dah dalam maa tu pun masih tak leh nak buat keputusan maka, kita scrap aje idea tu.

Kalu ada idea yang lebih memberangsangkan pun nampak gaya tak dak yang keluarkan. Tak dak jugak query atau pertanyaan tentang idea yang dilontarkan, maka dah cukup 7 hari nanti kita tengok camana lah kan?

Tapi cadangan nak pi S'wak masih terbuka luas, sebab masa masih panjang. Yang tu hampa jadi ke tak jadi pun aku nak pi jugak. Cume sapa2 nak pi bersama maka kita organise lah kan...

WASSALAM