Tuesday, March 31, 2009

BASH

Salam semua...

Kuda Tua said...

Artikel 8

CINTA, KASIH, SAYANG

Kebelakangan ini, dgn penglibatan ana menyumbang artikel, tanpa disedari telah berlaku sedikit perubahan pada diri ana. Perubahan yg ana kurang bangga.
Rupa-rupanya dari kaca mata orang2 yg tercinta di sekeliling ana, semakin banyak masa dan tumpuan ana telah ana juruskan ke Kg. siber kita yg tersayang ini.
Adakah ini yg ana nak? Bercelaru juga ana nak membuat congakkan. Tapi yg pastinya, hati ana teramat tersentuh dgn komen ini. Hanya orang yg menyayangi sahaja yg bermaya menegur. Jika orang yg TIDAK disayangi pasti tidak akan menyibuk-yibuk nak menegur. Amat munasabah kan?
Diringkaskan cerita, setelah berbincang dan berterima kasih kpd teguran, ana akan terus menyumbang kepada Darah59 ini.Semuanya kerana kasih ana kepada Kg. siber yg satu ini pun tak kurang hebatnya.
Atas rasa cinta, kasih dan sayang ini lah, ana tergerak utk menulis artikel ini.
Setelah 2-3 hari poster 06-06-09 disiarkan, diikuti dgn poster susulan diutarakan, ana lihat soalan dan sambutan kepada tujuan murni Tok Penghulu kita amat sejuk sekali. Ana tahu dan "tabik" kepada Dz dan beberapa orang lagi yg menjadi NADI aktiviti kita. Atas kesedaran ini lah yg ana terkilan dgn respon bro/sis sekelian kepada perancangan 06-06-09 ini.
Jadi ana ingin terus "straight to the point". Adakah kita masih berminat untuk mengadakan perjumpaan JUBLI EMAS umur kita ini pada 06-06-09?

1. Berapa banyaklah masa yang hang ambik utk tulis semua ni? Takkan sehari 2/3 jam kut?
2. Mungkin depa yang selalu ada freehand pakai puter la nie dah kena share ngan org tua pulak, maka keluaq lah cita ni...hahahaha. Org tua kata camtu cepat terasa...
3. KT ternyata tak sesabaq aku. Dia tak leh nak tahan langsung..hehehee..Pasai tu dia dok keriau bila tak dak sapa respong kat poster tu...

Hehehe..hari ni KT emotional habis. Camana pulak KT ni boleh tau ni semua walhal masa bincang dulu dia tak dak pong???Atau salah sorang tu KT ka....MISTERI...

Bagi aku senang je..Kalau ada interest, kita carry on lah. Klu tak dak kita shelved je lah. Kalau dapat 4/5 orang pun jadi dah..Amacam?

Since KT dah tak sabaq sangat, dan hampa semua pun buat "DEK" je pasai ni maka aku pun nak selak semua lah. Pastu, ball dah masuk court hangpa.

TAJUK : 06/06/09 BIRTHDAY BASH
Objektif : Memilih satu hari Sabtu dalam bulan Jun untuk menyambut bersama hari lahir kawan2 yang mencecah 50 tahun pada tahun keramat ini.

TEMPAT : Kelab Shah Alam.
Tentatively...disini lah bash tu akan diadakan. Sekiranya mendapat sambutan dan ramai yang meminta untuk diadakan ditempat lain, aku rasa tak dak sebab kita tak boleh ubah. Majority rules. Demokrasi lah katakan.

AKTIVITI : Ada games, ada ucapan, ada nyanyian k-ok, ada potong kek, ada tarian gelek dan kemungkinan besar ada persembahan artis.. Amacam? Interested? Hehehee..

ONGKOS : Belum decide sebab belum pasti se grand mana nak buat bash tu. Semuanya memerlukan wang. Kita bincang2 lah dulu.

Lepas sudah idea yang mencengkam dada. Aku tau ada orang dah terpikiaq nak komen tentang aktiviti yang aku sarankan tu, mesti ada yang akan sentuh tentang usia, agama dsb. Sentuhlah, dan bagi lah idea yang lebih baik. Bersama sama lah kita menjayakannya. Jangan takat bagi idea je...Ni bukan kabinet kerajaan dimana PM bagi idea je, yg lain buat kerja. Sama2 kita buat kalu, aku setuju.

Dan seperti biasanya lah, Mc E akan ada wedding atau sebagainya pada hari yang ditetapkan. Apa nak buat...

WASSALAM...

Monday, March 30, 2009

KO-OP..



Salam...

Grand Mama, Grand Papa, Gramps...Seronok tu dapat title camtu. Mesti syok gila..Selalunya kalau yang first ni, Gramps lah yang akan manjakan dia lebih..Mesti punya..Dah lama tak dak si kecik dalam family, tiba2 ada, alahai...Teruja kan...

Aku sedih..uhuk uhuk..Betui cam Koden kata...Sapa pung tak perihatin ngan poster tu..Tak dak sapa pung nak tanya apa kejadah menatang tu..Camana? Aku pung nak diam je lah kalau umpan aku tak dimakang ikang..apa nak buat..Tunggu jelah, bila depa nak gigit. Selagi tak rasa gigit, tak leh nak tarik..Kah kah kah..Sebenaqnya seumoq hidup aku tak pernah merasa feeling yg orang kaki pancing kata best sangat tu..Bila ikan gigit umpan dan bila tarik rod tu dan lawan ngan ikan tu..Sebab aku tak minat memancing. Pi market je..senang.

Tadi tengah baru gaya nak makang nasik Fazie dah call aku. Aku kat AS masa tu ngan parents sebab bawa bapa aku pi check up kat spital tadi. Kami makan kat atap rumbia, depan menara telekom kat AS. Dia nak sembang pasai nak buat kutipan duit untuk tolong kawan2 yang musibah..Cadangan yg dilontarkan oleh orang2 yang hanya suka mencadangkan agar hamba Allah lain yang buat kerja.

Aku ni bukan nya tak suka idea tu..Ianya satu cadangan yang amat baik dan mulia sekali. Memang best. Bukan tak dak orang cadang benda ni, dah lama dulu pung ada org cadangkan. Masaalahnya ialah, SIAPA kah yang sanggup menanggung atau bertanggung jawab untuk untuk meniup nafas pada cadangan ni agar ianya menjadi satu realiti. Awal2 algi aku nak habaq bahawa aku tak leh nak tanggung. Aku rasa aku boleh vouch untuk Koden sama bahawa dia pun tak mau tanggung. tetapi kalau ada sapa2 saja yang sanggup, aku akan war warkan seluruh dunia.

Aku sanggup jadi seperti sekarang jugak lah, buat pengumuman, buat cerita, panggil makan kenduri, minum teh tarik dan uhuk uhuk, arrange utk gathering. Yang aku dok buat la nie lah basically. Tapi untuk nak lebih, maaf. Ampun.. actually aku pun ada gak kecik hati macam Dik Di. Bila dah tua ni dia cepat kecik hati. Ni semua bermula bila suara2 kecik yg mai bersama angin yang sepoi sepoi bahasa selepas perjumpaan kat Jitra dulu..Tapi aku tak kisah. As long as aku tau apa yg aku buat dan ada 4/5 orang yang prihatin sangat dengan apa yang aku buat, so I don't give a damn. Tapi untuk nak venture ke satu lagi episode baru dengan cerita baru, aku surrender lah..I Surrender (RAINBOW). Tapi hangpa semua jangan silap, aku akan support habis habisan idea ni sekiranya berhasil. That, you can count on me.

Sekali, aku sudah tulis arab daaaa...Kalu tak leh baca lagi tak tau lah...Kalu tak tanya gak lagi, tak tau lah den.

p.s : Ibu tunggal, aku dah jawab komen mu.

WASSALAM

Sunday, March 29, 2009

IKLAN..

Iklan ke?

Saturday, March 28, 2009

MALAYSIA

Salam..

Kemarin aku naik flight kul 4 sepatutnya tapi telah delay sampai kul 4:55 baru terbang. Sampai LCCT pun dah almost 6ptg dah. Anak aku siap menunggu, jadi ok lah. Kami lepak kat Dengkil RnR sat, kena nasik lemak sorang sebungkus pas tu dia hantaq aku balik rumah sebab dia nak keluaq pi meeting pasai shooting apa ka...

Anyway, masa aku board kapai terbang semalam tu, actually row ke 4, lepas aku dah settle semua, ada sorang ibu muda ngan anak keciknya yang tergantung ngan benda cam harness tu kat bahagian depan badan dia, mai nak duduk kat row 4 gak tapi opposite aku lah. Anak dia come' sungguh. Kecik, cute, maybe a few months old je kut. So bila dia duduk, dia ada difficulty nak pasang seat belt dia. Neighbour dia, a chinese man about kita punya age gak lah, tegor dia. aku boleh dengaq actually sebab dia memang dekat sekali ngan aku. Kata dia, "You kasi I pegang baby ni dan you boleh pasang belt you". Ibu muda tu pun buka lah "harness" dia tu dan mamat cina ni pun ambik baby to pegang dan was playing ngan baby tu sat sementara ibu dia pakai belt. Pastu dia bagi balik lah. Cina tu aku tengok excited sangat ngan baby tu, dia asyik dok main2 ngan baby tu. Memang cute pun. Best part baby tu tak tidor, tapi langsung tak bersuara..Ada lah bunyi sikit2..Baik sungguh. Aku risau dia start nangis je, spoil aku punya beauty sleep lah klu dia nangis kan.

Apa yang aku nak cerita disini ialah, bila tengok kejadian sebegini, atau episode sebegini, sejuk rasa hati aku. Chivalry seorang lelaki masih intact. Memandangkan berlainan agama dan bangsa, tolong menolong camni, aku rasa sejuk hati.. This is what Malaysia is all about and what should have been..Bukan macam kita la nie dok blame bangsa tu bangsa ni, walhal kita ni semua dok dalam satu negara dan patutnya kita ni tak perlu nak keluaqkan kata2 yg menyakithkan hati bangsa2 lain yg berlindung bawah jalur gemilang sebagai tanah tumpah darah depa gak. Cuma la nie, ahli politik melayu,akan cuba keluarkan sentimen melayu dan yg cina dan india akan buat benda yg sama. Pasai apa? Depa nak mempertahankan korsi depa. KORSI = RM ...

Ok lah..Aku tulih artikel ni semalam kat kedai mamak depan rumah aku di Sek U5. Tapi terhenti sebab mamak ni ikut prihatin dengan kempen global warming yg mintak semua org tutup lampu selama sejam start dari kul 8:30pm. Dia teruih tutup kedai dia dan minta aku mai balik kul 9:30mlm..Tak jadik lah aku nak pi balik, instead aku ngan Koden dah pi ke Sri Rampai dekat ngan Wangsa Maju jumpa Madud. Later Chong ngan wife dia join kami. Sembang sampai kul 2 am. Dalam dok sembang pi mai pi mai, maka terkeluaq lah saranan di bawah....Poster hijau tu..Tanya lah bagi yang curious..Tanya lah..Tanya....

La nie aku sambung tulisan ni kat Coffee Bean LCCT. Panas lah tempat ni. Aku cadang nak naik kapai kul 4:30 balik Penang. Esok kerjalah.. Sapa sapa yang ada tau sikit sebanyak kisah enjin Cherokee 2.5L, hampa habaq mai sat. Aku sedang mencari enjin seketui, sebab enjin aku dah jam la.. Kalau ada tang mana murah2 ka, hampa habaq mai kat aku no...Kut2 hampa ternampak Jeep Cherokee yg terdampar atau ada org buat scrap ka, hampa tanya2 lah sat. TQ guys..

Jgn lupa bertanya pasai poster hijau tu...

Thursday, March 26, 2009

PAK MAUN...

Salam...

Pak Maun lah pulak... Selamat Pak Maun..nak pi twist ke, pakai seluaq yankee..



Tapi Pak Maun singgah je..dok la lama sikit, boleh gak kita belajaq syair ngan Pak Maun ni..Tersebut lah kisaaaahhhhh...Laksamana Hang Tuuaaaahhh...

Anonymous said...

Pak Maun masuk sat no
Gumbira sungguh hati Pak Maun bila tengok hangpa dok gaduh tapi mesra.Kepada yg tak kenai depa ni mungkin anggap depa ni haru biru.tapi depa ni bergurau seolah macam berada di alam SATS/SMJ(macam cerita Back to Future).Kita ni dah tua ,mak bapa dah tiada ,anak pun dan tingai kita sebab ada urusan.Jadi kita perlu ada escapism supaya sel2 kita yg lemah diaktifkan kembali.Umpamanya bila dik Fazie ni sakat Koden mamak buncit 5 bln & Koden sakat si Dude dengan hadiah Gobek sireh terkenen pulak si dik Fazie tu.Pak Maun yg serious orangnya tergelak besaq dibuat nya.Ada kawan2 takut nak masuk nanti kena sergah terus deman almaklum lah semangat dah tak kuat macam dulu.Pak Maun teringat masa kat SATS time balik sekolah suka sangat loncat ikut tingkat (nak shot cut)TQ DZ Pak Maun ni mai lalu sat saja no sebab rasa gumbira sangat.

Part yang aku italickan tu aku sangat setuju. Perlu ada escapism untuk sel2 otak aktif semula. Kalu tidak kita akan nyanyok. La ni pun dah dekat nak nyanyok dah..Aku terima SMS semalam dari Kamal pun kisah tua jugak..SMS ni dah circulate quite sometime kut, tapi walaupun aku dapat untuk kali kedua, aku masih tergelak because it is so so so TRUE...

Tanda lelaki makin tua dan lemah:

1. Pandangan makin jauh...kencing makin dekat?? Ha? Camana tu..Hehehe
2. Duduk pandai menguap, baring tak mau tidur..! Memang selalu jadi kat aku..
3. Perkara lama tak terlupa, benda baru tak teringat..!! Ni pun memang betul sangat..
4. Atas ada fikiran, bawah ***CENSORED**
5. Dulu ***** menunggu...La nie menunggu *****....

Hehehehe...hahahaaha...

Balik kepada topik mengaktifkan minda ni kan, memang kita perlu sentiasa pikiaq dan berlawan cakap ngan orang, kalu tidak habis..kita akan jadi lembab. Intelligent talk lah maksud aku. Atau pun sakat menyakat antara kawan2 pun satu latihan yg baik jugak. So..the field is here..Lets play ball...

Aku realise tadi, bila aku ajak kawan2 go for lunch, depa ni tak free..Reason being, depa kena ambik anak dari sekolah..Lama sungguh dah rasa tak pi ambikanak dari sekolah ni no? Bila depa naik Sekolah Menengah akau dah tak pi ambik lagi sebab depa ada transport sendiri dah, dan yg sorang lagi tu sekolah sebelah rumah je..Well easy life gang ni dan nak kata pencen pun dak jugak, tapi selalu lepak kat rumah....Syok kan?

Madud call aku semalam, tanya aku booth Manggis kat mana dan nak jumpa ngan dia..Malangnya, Manggis la nie ada kat Paka Ganu kerana tugas... Opis aku pun nak aku pi sana gak sat..Human touch kata depa..hanya nak hantaq sikit punya benda saja..Tengok lah camana dulu..

Ok lah..aku rasa setakat ini saja lah...

WASSALAM....