Saturday, March 7, 2009

L.C.E


Salam semua..

Gambaq sebelah ni menunjukkan speed limit kat dalam Petronas Fertilizer Kedah. Hampa takkan jumpa kat tempat lain yg ada camni, rasa aku. Dulu 20km/h, tapi sejak tukaq nakhoda ni, dia minus 0.1km/h lagi menjadikan ia 19.9. Tapi aku kayuh basikal laju lagi pada ni. Nasib baik tak dak speed trap dalam tu, klu tidak dah kena saman lah..hahahaha.

Alahai, pagi ni aku tengok THWL ada komen tentang cerita yang aku minta hampa buat tu, dia cadangkan agar hampa semua cerita kisah2 sekolah dulu. Reason dia, sebab dia kata semalam dia tengok lawak Nabil dan dia terasa apa yang Nabil buat tu memang kena batang hidung dia semasa dia di sekolah dulu. Harap2 dia boleh memulakan cerita2 tu...

Aku pun ada kisah gak masa dok ambik LCE dulu. Member sebelah aku ni dok suit suit kat aku tanya jawapan, aku ni pulak seriau kena tangkap. Bukan tak mau tolong, tapi seriau sangat2. Aku pun pikiaq lah camana nak tolong kawan ni kan. So dapat satu idea, aku letak jawapan tu kat tepi meja, supaya dia boleh tengok. Dia ni pun, bila aku buat camtu, dia siap panjangkan tengkok dia untuk tengok jawapan. Aku pun buat2 lah macam dok baca soalan. Tiba2 aku dengaq "KUK", kepala sudah kena luku daaa..Dia yang panjangkan tengkok kena, aku yang letak kertas jawapan kat tepi meja pun kena..Aduh..Panik gila aku, takut dibatalkan..Rasa nak kencing semua cukup. Nasib baik lah aku dapat result penoh. Tak dak lah kena gantung ke apa ke..Memba yang tiru aku tu la nie dah kaya raya..Memang dia ni oppotunist.

WASSALAM

Thursday, March 5, 2009

KARANGAN....

Salam semua...

1:55am - Tak leh tidoq lagi. Check email, dapat satu karangan...Buat aku, laaagii tak leh tidoq..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

OLEH : "Budak Darjah 4"

DITERIMA DARI : SITI NL

WASSALAM

Wednesday, March 4, 2009

CITA LAH LAGI...

Salam semua..

Tak rugi aku masukkan cerita curi ayam ni, kerana sekarang kita dah tau ada orang ketiga..Bersubahat...siap dapat F&N ngan laksa kat kantin Pak Mud lagi..Hahahaha..

Aku nak buka lah untuk hampa menceritakan kisah2 yang tak dapat dilupakan ka, lucu ka, atau pun menyedihkan ka yang berlaku masa zaman persekolahan kita dulu..Best tu sebenaqnya. Sebab bila ada orang yang bersangkutan ngan cita tu, mesti dia teringin nak jampok. Maka bertambah lagi lah "khariah" kita ni...Kan?

Seperti biasa, samada masuk dalam komen atau email aku kat dzamriabdulrahman@gmail.com.

Marilah beramai2 asah bakat menulih..Tak dak cikgu nak luku kalau salah...

KAMAL...

Salam semua...

Hari ni tetiba aku teringatkan Kamal yang dengaq habaqnya selalu mengikuti perkembangan blog tetapi dia dok asyik test mengetest je..tak mau nak bersuara lebih2..

Kata pi lah apa pun Kamal..Lama tak dengaq habaq. Tengok gambaq disebelah..Jejaka Perasan..Mat handsome..

Hari tu bila Amin Bahari masuk komen..rasa cam tergantung komen dia tu atau dia sengaja buat camtu atau memang dia cakap camtu...tergantung gantung..Hahahaha..Sebab tu lah Koden kata something tentang Amin dalam komen susulan dia.

Anyway aku dengaq Amin melayan kawan ngan baik sekali disana..Nampak gaya kalau sesiapa yang nak ke Langkawi, boleh lah kontek2 Amin...Dia macam tourist guide utk 59ers lah kat sana.. Tapi jangan lah minta free service..Huloq2 lah sama..Sat gi semua dok pi sana cari Amin, mampuih aku kena hamput ngan dia..

Aku tengok dua tiga kali ada hit dari Taiping..Adakah gang kita yang dok sana? Tak teringin kah nak kenalkan diri supaya semua kenal mengenali..Baru syok sembang dak?

Jak Bangau aka Abdul Razak Abdul Hamid, sekali lagi aku nak ucap selamat datang. Maaf, mungkin kita tak pernah bersua atau mungkin kita tak pernah bertegor sapa masa kat sekolah dulu, tapi la nie kita dah boleh dok pakat berceloteh kan? Tak dak hal punya. Ini kampung siber kita..bertegor sapa lah..No problemo..

5:15 tadi aku online, tetiba nampak Koden shout, aku pung jawab, dia langsung menghilang diri..Apa jadi daa...

Tuesday, March 3, 2009

BANGAU OH BANGAU..


Siapa itu Razak Bangau?

Salam...

Razak Baginda aku tau lah kan? Tapi dia bukan Sekolah Jitra, dia sekolah kat Mongolia...Hahahaha..

Shukri Bangau aku kenai jugak..Kalau Koden kenai kalu, dia mesti marah aku..kata aku tak kenai orang lah, menyombong lah, semua ada kat dia.. Sebab tu lah benchmark utk budak Jitra adalah samada Koden kenai dia..Kalau Koden tak kenai, sah dia tu bukan dari Jitra.

What say you Den? Tapi nama2 camni semua mewarnai blog kita..kan? kan?

Tak dapat tidak aku nak sentuh gak ngan perkembangan politik kat Perak tu..Sapa2 yg rasa nak bercerita dan beri pendapat silakan..Aku rasa cam dah jadi satu drama bersiri lah pulak kan? Penuh dengan detik2 suspeng nye kan? Penuh dengan drama menagih simpati kedu2 pihak bertelagah pung ada gak.. MALU rasa aiihh.. Berebut takhta.

Aku masa remaja trang tang2 dulu, dok jauh dari mak pak, bila telepon balik mesti dah reverse charge. Reason dia memang nak minta duit je lah. Mak pak kita dok risau awatlah tak dak habaq langsung budak ni kan..

La nie aku pun terasa camtu gak lah kut kadang2..Bila anak2 tak talipon aku talipon. Depa semedang tak dak kredit. Klu nak call pun miss call je..Hari ni Zaqwan anak aku tu pi Bandung. Ikut kapai terbang depa lah. Part of his training. Sebelum pi semalam aku dah tanya samada fon dia tu ada roaming, dia kata ada. Dari lepas Zohor tadi aku dok call tak dapat2..Risau lah pulak..Tapi esok dia balik lah..Aku akan hamput dia...

WASSALAM