Wednesday, December 10, 2008

OUTING 1


Assallamuallaikum,

Menarik betoi tengok makin ramai yg teruja dgn idea FAMILY DAY ni. Aku tak mau cadang anymore tempat2 baru tapi nak cadang kita narrow down pilihan tu berdasarkan
1- kesenangan/keselesaan kwn2 d Kedah n d tempat2 lain utk nak p ke venue tu.
2- kos tempat pun agak mampu dicapai oleh semua. Jgn la sampai ada kwn2 yg nk kena hanggau. Kita kena pikiaq juga aspek tu.

Aku yakin Dz faham apa yg aku maksudkan sbb dia pun pernah banyak membantu kwn - makan tengahari, beli tiket bas, bayaq duit masuk tender n sbgai ny. Jadi kita kena pikiaq la juga kat kwn2 yg bgini.

So aku minta kita sama2 timbang2 n fikir2kan lah sudut yg aku ketengahkan ni. As for me...., insyaALLAH aku akan join.

Wassallam.

CIOW

KODEN

December 10, 2008 1:04 PM

Salam...

Itulah kata2 Koden dalam komen dia dalam posting yang terlatest aku... Sedapnya perkataan tu kan? Terlatest...Anyway aku gelak terbahak bahak bila baca. Certain part tu buat aku ketawa sungguh. Aku nak tanya satu bendalah..kena hanggau tu apa? Dak paham aku nie...!

Aku teringin sangat nak minta kawan2 yang nak komen agar kenalkan diri, supaya gang lain tahu sapa yang dok cakap tu. Lagi pun bukannya susah sangat nak tulis nama macam Koden buat tu, tapi kalau tau register nama lagi lah baguih..Satu saranan sahaja.

Bab tentang tolong orang tu, aku ni memang lah selalu camtu. Apa salahnya tolong kawan2 in need sekiranya aku mampu. Tapi kalau dah kawan ni, kalau kurang mampu pun aku try to make do jugaklah. Tak berkira dan tak mau ungkit. Done my part and happy doing it. Sometimes rasa cam being played out pung ada gak..LIFE....

Ya lah kan..Own cuti cuti Malaysia tak cuba cari kawang2 pung. Tapi maybe this is the quality time yang dia dapat bersama satu famili, keep it up..Next time cari kawang..bila tak berapa sibuk sangat.

Ok..aku akan streamlined kan cadangan tempat outing dan come out with something for everybody..Cheerio...

WASSALAM....




Tuesday, December 9, 2008

OUTING....


Salam...

Hari tu bila Hamsan bawak keluaq cerita kisah tempat yang cadang nak buat famili day ni, dia mencadangkan dua tempat. 1.. Gunung Jerai. Memang aku pun tak pernah naik ke Gunung Jerai. Katanya enak dan nyaman kat atas tu...Well worth a try. 2...Pendang Resort. Seems tempat ni quite popular utk korporate company buat depa punya team building dan sebagainya. Ada camping ground, water sports facility dsb. Check it out kat SINI.

Bila aku cakap check it out kat sini tu maksudnya hampa klik ajelah kat perkataan sini tu..Dia akan bawa lah hampa pi ke tempat yang aku dok bercerita tu..hahahaha..Sebab ada org tanya aku camana nak tengok, so aku cita lah.

AIDILADHA.

Salam semua..

Ada yang raya sakan lah kut no.. Ada jugak yang berlumuran darah sebab sembelih lembu untuk korban.

Aku sempat melawat 3 orang sahabat di Jitra dan Aloq Setaq, yang lain tu minta ampun dan maaf lah tak dan nak pi dan kena balik ke Penang. Own jgn marah no..

Aku makan ketupat ngan rendang daging dan ayam di rumah pertama aku pi. Talib kat Bemban.

Sembang pok pet pok pet, Hamsan call. Ajak p rumah dia bila dia tau kata aku kat Jitra. Aku pun terpa pi rumah dia sebab kul 2 dia nak kena pi urus korban untuk opis dia. Makan lah mee kuah...aammmaaa...sedap. Sembang lah kami pun. Seperti biasalah. Dia kan dah tender resignation dan akan punch out last pada 30 April 2009. Apa dia nak buat lepas dia bersara? Dia akan jadi Hang Kebun...Harta dia banyak. Tanah banyak. Rumah pung banyak. Jadi terpaksalah dia berhenti ngan Kerajaan kerana nak jaga harta dia..Alhamdulillah...Semoga Hang Kebun berjaya...Hang Kebun pun Hang Kebun lah...

Pas tu aku gi rumah Dang Anum. Ketupat kacang ada, roti jala ada dan kuih2 yang biasa2 pung ada. Kopi 'O' kau best...Banyak aku makan kat sini...Alhamdulillah..kenyang.

Dekat kul 4 dah aku pung terpaksa balik Penang.

Yang tak best nya tahun ni, famili aku kebanyakkannya ada kat KL including mak dan pak aku yang bertolak pi KL pada pagi raya itself. Well at least ada chance aku spent time ngan kekawan pulak ..

Bila baca komen own kata dia tak sabaq tunggu kita punya famili day yang tak jadi2, ni aku nak bara ni...Kita kan plan utk buat cuti sekolah tahun depan..Perli ka? Hahahaha..Own ni dia memang nakai la ni. Penuntut yang paling diam dan tak banyak bercakap dulu, la nie dah bersuara lantang. Kan ke dia kaunsellor...Anyway dia dah balik menjampok dalam blog ni, aku syukur lah..

Untuk yg minta gambaq Mc E ni, tatap lah sepuas puasnya...

Saturday, December 6, 2008

JAZZ

SATURDAY 6th DECEMBER 2008 SUNDAY 7th DECEMBER 2008
6.30pm - 7pm
TJBYTJC* Winners
6.30pm - 7.10pm
Island Jazz Connection (Malaysia)
7.10pm - 7.50pm
Adibah Noor (Malaysia)
7.20pm - 8pm
Jeon Youngse Trio (Korea)
8pm - 8.40pm
Pascoal Meirelles Trio (Brazil)
8.10pm - 8.50pm
Ray Harris & The Fusion Experience (UK)
8.50pm - 9.30pm
Jaume Vilaseca Quartet feat. Violetta Curry (Spain)
9pm - 9.40pm
Friend N Fellow (Germany)
9.40pm - 10.10pm
Djabe feat. Steve Hackett (Hungary & UK)
9.50pm - 10.30pm
Tran Manh Tuan Band (Vietnam)
10.30pm - 11.10pm
Aseana Percussion Unit (Malaysia)
10.40pm - 11.20pm
API (Andy Peterson Inc.)
*TJBYTJC – The Jimmy Boyle Young Talent Jazz Competition
(Programme is subject to change)

AIDIL ADHA

Aidil Adha -Pengenalan

Hari Raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan itu umat Islam yang mampu untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Haji pada segi bahasa bererti menuju sesuatu tempat suci. Dari segi istilah syara', Haji bererti berziarah ke Masjidil Haram (Kaabah), melakukan wukuf di Arafah dan sa'I antara Bukit Safa dan Marwa dengan cara tertentu dalam waktu dan niat yang tertentu.

Berkumpulnya kaum muslimin dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.

Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang Maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam Surah As Saffat, ayat 106 - 107:

"Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."

Di dalam surah Al Kauthar, ayat 2 Allah telah berfirman:

"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhammu dan sembelihlah (qurban)."

Di dalam mentafsirkan ayat tersebut, Al Bajuri berkata : " Bersembahyanglah engkau itu adalah sembahyang Aid, dan sembelihlah Udhiyah (kurban), membina diatas semasyhur-masyhur qaul (pendapat) bahawa yang dimaksudkan dengan sembahyang adalah sembahyang Aid dan dengan Nahar adalah menyembelih Udhiyah." Iaitu lebih dikenali dengan nama Aidul Adha.

Sekian

Dipetik dari artikel DISINI

Salam semua...

Am in Penang now. Esok balik Aloq Setaq lah...Raya kang?

Dalam shout box ada 2 org dok shout. Betui juga Koden kata bila dia masuk je..own dah diam. Mc E ni kan aku pun tak tau nak kata camana dah, nantilah aku buat apa yang boleh pasai gambaq dia ni..hehehehe...kacau betui..

Ya lah betui jugak dok sembang pasai boling ni dah lama. Tak jadi2 jugak lagi. La ni dok sembang pasai famili day, pun dah nampak senyap pulak.. Ada orang menyampaikan kat aku bahawa cadangan yang dok boh kat dalam blog ni semuanya makan belanja besaq. Tak mampu kata depa.

Cerita kita ni dah jadi macam ayam ngan teloq sebenaqnya. Yang mana dulu. La ni apa kata kita dapatkan respon utk idea ni dulu, pastu kita kira pasai tempat, pastu kita cakap pasai harga. La nie, kalau kita dapat respon baguih, dan kita go in a package, boleh dapat murah sebenaqnya. Macam kita buat rombongan lah...

Bagi chance aku pikiaq sat, lepaih raya ni aku come out with a package utk semua.

Aku dapat permisi untuk masukkan sms ni dalam blog. Yg sebenaqnya ia adalah jemputan kenduri kahwin dari Mutalib Ismail yang berbunyi begini. Aku boh sejibik apa yg dia hantaq...

"Dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah kami mempersilakan suami isteri serta keluarga kerumah kami di Kg Lubuk Gajah, Mk Gelong pada 13/12 karena meraikan perkahwinan anak kami, kehadirannya sangat diharapkan."

Yang mana ada masa silalah hadir kenduri tersebut.

WASSALAM...