Tuesday, November 18, 2008

HOI>>>

Salam semua...

Apa cerita ha tentang plan2 yang kita dok mula bincang ni? Tak dak orang lain yang nak bagi cadangan ke? Sonyap je semua. Oh ya..semua dok sibuk cuti sekolah kut. Dok layan anak2 lah tu. Macam Jit jugak.

Aku kat Sg Petani la nie. Restoran Makbul. Dekat gak ngan rumah sewa aku tu. Actually kami sewa rumah kat deoan Kelab Cinta Sayang. Taman apa aku tak tau. Nak masuk rumah aku tu simpang dia sebelah ngan Nasi Lemak Cinta Sayang...yang amat popular disini. Sedap dan murah nasik tu. Tiap pagi aku b/fast kat situ. Bukan lah nasik lemak tiap pagi..macam2 benda lain lagi ada kat situ.

One thing yang aku notice dan gang kerja aku notice sangat2 ialah, makanan kat sini murah bangat. Budak2 yang kerja ngan aku semua seronok. Cerita kisah makan murah ni lah yang pertama sekali depa cerita kat aku. Lagi satu kat Petronas Fertilizer tu, semua pekerja dia friendly sangat. Depa suka senyum dan akan acknowledge hang bila selisih ngan depa, walaupun hang tak dak dealing ngan depa. Aku pung apa lagi, pujilah depa tu semua kat gang kerja aku. Different sangat ngan orang Terengganu...I'm home...hahahahaa..

Most probably kami akan pindah sebab aku rasa SP ni jauh dari tempat kerja aku yang kat Gurun tu. Tiap hari nak kena toll RM2.60 one way. Budak2 pun dah cari rumah dan dah dapat pun kat Gurun. Sewa murah. Kecik sikitlah rumah tu. 2 bilik. Tapi 10 mins drive je to site. Dengaq habaq, rumah tu opposit ngan rumah Maidin, pelawak tu. Tapi Maidin dah pindah la nie. Rumah dia bagi sewa je..

Aku rasa, hujung minggu ni aku siap lah negineering design aku tu, pas tu balik Sh Alam sat kut. Sementara tunggu material sampai, then baru physical work akan mula.

Ok lah. Aku letih hari ni sebab Gurun panas sangat. Patutlah nama Gurun kut...hehehehe

WASSALAM.

Sunday, November 16, 2008

CIKGU ONG....

Salam...

1617hrs atau 4:17pm, aku baru nak naik lift ke apartment tetiba talipon bunyi. Tengok nombor, 0195596945, tak dak nama pung, mesti tak besa call lah no. ni. Aku pun tak jadi naik lift, jawab dulu. Memang tak kenai suara pun. Sapa pulak la ni kan..!! Aku tanya sapa ni...mula dia kata cikgu Ong, aku terus kata Ong Kim Teng ke? Dia pun ya.....Dia ni satu opis ngan Own rupanya. Depa ni cikgu2 semua dulu, pasai tu lah terbawa bawa intro diri kat aku pun cikgu Ong.Dia ni aktif sukan lah nampak gaya sebab hari kita buat gathering tu, dia pi Bangkok bawa team bola sekolah Asean. Dahsyat tu...Dulu form2, dia jadi full back, dan aku goal keeper lah. Masa tu bayangkan dia macam Soh Chin Aun lah...hahahaha...

Aku akan buat appt satu hari ngan depa ni dan pi jumpa depa kat Aloq Setaq ke apa ke.. Kim Teng tu especially dah lama sungguh tak jumpa. 34 yrs gitu...agaknya...

Saturday, November 15, 2008

FAMILY OUTING

Salam...

Betui jugak apa yang own kata....
Delete
Anonymous
Ok camni...Lagi sekali...

Kita cadang nak buat Family Day of sorts...Agar perjumpaan kita kali ni dapat dikongsi bersama ngan keluarga kita. Jadi kita sekarang sedang mencadangkan tempat, agar mak bapak boleh bersembang dan anak2 boleh buat aktiviti depa atau mak bapak dan anak2 sama2 beraktiviti.

Cadanagan yang diterima dari Gah adalah Pantai Merdeka dan Kelumpang Resort kat Tg Malim. Pantai Merdeka dengaq habaq la nie dah tak di senggara ngan elok maka aku rasa macam nak pi check tengok minggu depan. Since aku pun ada kat Gurun, dekat dah tu.

Kelumpang Resort : Gah kata nak ajak Koden ke pi tengok dan report balik lah. Tempat tu banyak aktiviti riadah boeh di buat sebab banyak kursusu kepimpinan orang dok buat kat sana. Jungle trekking semua nya ada...

Gah jugak yang suggest Bukit Merah Lake Town walaupun dia tak pernah sampai ke situ. Tempat tu pun best gak. Banyak aktiviti. Tapi ada jugak kawang yang komen kata kat situ mahai.

Aku terkeluaq cadangan untuk ke Pulau Banding, sebab aku lalu kut situ hari tu. Actually memang tempat tu best utk relax2. Senyap dan bukanlah menakutkan kalau dah ramai. Untuk kaki pancing memang best lah..

Aku jugak dapat satu lagi tempat yang might interest you guys.. Homestay kat Balik Pulau , Penang. Depa kat sini boleh buat bermacam program kalau kita boleh mai dalam satu grup. Merasakan kehidupan di kampung untuk 1 atau 2 malam? Klik di SINI.

Perancangan ni memerlukan masa dan persetujuan tuan2 dan puan2 semua. Kita cadang nak buat musim cuti sekolah tahun 2009. Bulan Mac mungkin. Jadi ada banyak masa lagi. Tapi hampa kenalah bagi persetujuan dan cadangan jika ada supaya kami dapat membuat perkiraan dan sebagai nya...

Own : Bukan tak nak jawab SMS but I don't really get it..What do you mean by 14yrs is a short duration?

Thursday, November 13, 2008

Berlainan Tapi Serupa


Salam...

Aku terlambat hari ni... terlambat jumpa Own sebenaqnya. Early morning dok diskus ngan gang aku pasai kerja, terbawak bawak lah time tu.. Tapi aku bagi tau dia aku lambat.

10:45 sampai ke kedai Hussain Nasi Kandaq..Jerai Plaza. Baju batik biru, long sleeve, seluaq hitam dan bersongkok hitam..Own dah order teh tarik ngan murtabak kat atas meja dia. Tapi belum sentuh lagi. Aku ingat kan benda tu baru sampai, rupanya dia dah ada second thought about eating the murtabak cause he has his eyes on the nasik kandaq..Haahaha..aku lah yang makan murtabak tu. Dia order nasik. Lauk sotong ++.

Sembang lah...usual, pasai anak2 dan family and kisah blog, kisah kawan macam2 lah. Politik je tak sentuh. Tapi Own ada mention sikit bila dia nampak gambaq dia dalam laptop aku dan kata rupa dia dengan expresi muka dan jari menuding tu macam Anwar Ibrahim...Tu lah paling dekat ngan politik dalam 'sembangan' kami.

Aku manage jugak register dia untuk masuk forum, maybe dia akan celoteh dalam forum lah pulak kut.

Own mention Pantai Merdeka tu dah teruk dia punya chalet dsb. Tak maintain ngan elok. So how? Nak keluarkan dia dari poll? You all decide.

Sebenaqnya masa di sekolah dulu pun bukan rajin sangat cakap ngan Own ni. Dia pulak jenis pendiam. La ni baru aku sedaq yang Own ni pun ada sense of humour jugak dan dia pun boleh bersembangan jugak..hahaaha..bahasa camni semua, sahih aku dah kena luku ngan aruah Mamak Maidin. Own masih ingat hari dia kena luku ngan Mamak. Aku kata semua orang kena luku ngan dia. Tapi Own kata hari tu dia kena luku sorang saja. Pasai tu dia ingat sampai la nie...Ingatan gajah sungguh..

Dressing aku hari ni, jeans, round collar T shirt & cap. Berlainan kan? Tapi serupa....

Wednesday, November 12, 2008

KELUMPANG RESORT

Salam...

Gah ada suggest satu tempat. This is the only pic aku dapat cari kat web. According to Gah, tempat ni cantik and banyak aktiviti macam jungle trekking dan sebagainya.. Check it out..Kelumpang Resort...

hs - Berkenaan undian tu its an idea to instill interest towards the event..Then ideas start coming in...Cheerio, tak yah formal sangat...Kawang2 je...



Holiday in Kelumpang Resort
WASSALAM...