Sunday, November 9, 2008

INDAH..


Asm tuan,

When I C the beauty that Allah s.w.t. created upon us:" Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan pertikaian malam dan siang menjadi tanda(atas kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi(sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukankah Engkau jadikan ini dengan percuma, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksaan neraka." (Ali'Imran ayat 190-191).

Own

November 3, 2008 11:45 PM

Salam semua...

Aku masukkan terjemahan yang own masukkan dalam komen pada gambaq sunset yang aku ambik kat highway.

Aku berharap sangat kalau sesiapa saja yang boleh contribute sama dalam menghidupkan atau memeriahkan lagi blog "KITA" ni.

"hs" mencadangkan agar kita menetapkan beberapa tempat sebagai pilihan untuk mengadakan some sort of family picnic lah. Idea yang bagus. Tapi aku amat memerlukan cadangan sebagaimana Gah bagi. Buat masa la nie, cadangan Gah adalah Pantai Merdeka.

Cadangan kedua ialah Tasik Banding. Idea ni tercetus sebab aku lalu kut situ hari tu. Chalet dia quiet dan amat menenangkan. Ia jugak adalah haven kepada pemancing...Kan?

Sila beri cadangan so that kita boleh bincang sama2 ...

Friday, November 7, 2008

GURUN

Salam...

Bertolak dari Paka kul 9:45 pagi...Destinasi Sg. Petani Kedah. Pas je Kuala Terengganu hujan lebat. Mak ai..kena slow lah. Pas tu hujan henti, pas tu dia start balik.

Aku panik gak sebab aku tak pernah guna jalan tu. Lagi pun depa bagi tau, lepas Jertih, simpang kiri, terus ke Jeli... Di situlah hujan paling lebat masa tu..Simpang tu pulak bukanlah dekat seperti yang di gambarkan..Jauuuhhh jugak. Dapat je simpang aku lega. Berhenti makang nasik ayam kat Macang pas tu sambung journey. Aku ngan cadman aku lah. Tak dan 15 minit mata aku dah tak leh nak buka..Ngantuk gila. Aku pass over steering kat cadman aku dengan warning yang dia tak leh bawa laju.. Dia patuh. Aku pung lena lah. Sedaq je dah sampai Gerik..Lama gak aku lena..

Aku sampai SP, tinggai cadman kat rumah sewa disana dan aku balik Penang. Nak ambik pakaian. Hahaha...

La nie dok belah utara lah sat aku ni. GURUN...here I am...

Wednesday, November 5, 2008

MUSIBAH

Salam semua,

Aku semalam kul 2:45pm bertolak dari KL ke Paka Ganu. Ada kerja sikit. Pas tu esok Khamis nak bertolak dari Paka terus ke Gurun untuk site visit.

Sampai Paka lebih kurang 7:45/8:00 camtu lah. Aku pun gi makan ngan Cadman aku tu dan bali rumah. Bawa turun bag je kat rumah, dapat call dari staff2 OPTIMAL yang terbau aku sampai Paka dan ajak keluaq makang2 lagi. Apa nak buat..layang lah. Klienlah katakan. Cakap kat budak2 dirumah tu jangan kunci pintu sebab aku tak bawak kunci.

Sembang pi mai pi mai, kul 1 lebih depa ajak pi kena nasik kukus pulak. Makang lagi. 3am aku balik rumah. Tengok pintu dan grill ternganga. Aku pun pikiaq depa ni aku kata jangan kunci je, siap buka ternganga pintu pulak. Perli ka. Bawa masuk laptop aku, cari beg pakaian aku yang sarat ngan pakaian untuk semunggu tak dak kat hall tu. Aku pun tak nak kacau depa sebab depa dah tidoq, mungkin depa bawa masuk beg aku. Pagi depa bangun aku pun tanya. Depa kata ada beg tu..Cari semua bilik, tak dak. Rupanya pencuri masuk dan angkat beg pakaian aku. Tinggai sehelai sepinggang lah aku la nie. Nasib baik aku ada ambik baju dobi dari KL sebelum mai Paka, tapi cuma sehelai T shirt dan 3 helai jeans. Hampeh...Musibah lagi aku...Uhuk uhuk uhuk..

Sat gi kena gi cari baju lah...

Tuesday, November 4, 2008

STD 6A,,,1971

Salam...

1971..Std 6A..Class teacher Mr Inon Din. Cenge tak dak dah. Sebelum kenai dia yang tulah kita dok pikiaq dulu. Tapi bil dah dia mengajaq, syok pulak rasanya. Fun. Exciting. Tapi ada jugak kawang kita yang mintak tukaq klas sebab tak mau jumpa Mr Inon. Menangis nangis... Siapa dia itu?

Baris yang duduk tu aku boleh ingat rasanya...Dari kiri: Zul something, Lan Pak Noq, Khalid Salleh, Aziz Sattar, Rajan, Chong Nyuk Chong, Fadzilah, Aku, Mr Inon, Ismail Ahmad, Nor Asma, Zul Sudin, Amir, Cheng, Own, Zul Ibrahim, Herjit Singh.

Berdiri dari kiri : Sharehah Salim, Roshita Mansor, Norhayati Ishak, X, Noraini Darus, Tharumambal, X, X, Wan Rohani, Roshidah, X, Luyen, Ku Azlan, Chandran, Choon Thean, Nazri, Zul something, Ahmad Suhaimi, Madud, Hasaza, Halim, Nor Jasman.

Kalau salah tolong betulkan. Yang X tu kira aku dah lupa lah.

Sunday, November 2, 2008

FULLMOON PARTY


Assalammualaikum. Alang-alang Dz minta cadangan, teringin lah nak kemukakan hasrat yang tersirat. Itu pun kalau ada yang sudi membaca. Tahun depan genap lah kita semua separoh abad kot. So kalau sudi mai lah kita buat sesuatu yang different sikit. I suggest kita adakan "PICNIC OVER NIGHT IN PANTAI MERDEKA. " Kalau ada yang sokong and interested kita sembang lagi. Janji kali ini family kita pun boleh "BERGUMBIRA BERSAMA" Apa kata kawan-kawan. I TUNGGU respond from you all OK. Till then WASSALAM.

Itu adalah satu cadangan dari pada Puan Sharehah Salim yang di postkan kat Forum. Mungkin ramai yang tak tau nak klik kat mana nak cari forum jadi aku pastekan kat sini. Actually aku setuju sangat ngan cadangan ni. Although tempat tu kita boleh bincang later, tapi idea dia tu yang mahai.

Pada pandangan aku lah, kita bukan nak buat benda ni dengan kelam kabut. Kita nak buat ni tahun depan dimana kebanyakkan daripada kita akan mencecah the big FIVE-O. Bagi yang dah mencecah pun, jangan lah rasa terpinggir. Ini group kita ma...gang kita maa..

Ada jugak kawang yang dah 50 tapi mengata aku naik kapal terbang murah sebab aku ni warga emas..Hahahaha..aku tak kisah. Aku baru je burstday...Belum 50 lagi..Banyak hari lagi..

Kita buat survey lah dan kita akan bincang selanjutnya. Bagi yang ada cadangan lain2 pun, jangan malu dan segan. Kita open to all...Lets have a fullmoon party by the beach.