Monday, September 22, 2008
HARI 23...
Baru boleh online balik setelah lepas satu masaalah mai pulak lagi satu, jadi haru biru dah. Aku pun dah lama sangat tak melalut kat sini rasa aku. Pas streamyx ok, laptop kena attack pulak, sampai tak leh nak access blog langsung. Tapi tak kisah lah tu.
Apa habaq semua yang dok berpuasa bulan ni. Tak dak yang gastrik ke? Kalau ada lagi yang dok gastrik tu, pi potong buang lah intestin tu..
La nie semua dok kelam kabut shopping lah gamaknya. Yang anak kecik2 lagi, tentu sibuk beli belah, yang ada cucu pung sibuk gak dok beli baju..hehehe.
Masih ada lagi ka yang dok bertengkaq nak balik kampung mana tahun ni? Mesti ada punya. Itulah yang membuatkan sambutan tu lebih bermakna. Pertengkaran nak balik mana?
Kita la nie tengah dok melalui satu situasi politik yang pelik, yang tak pernah sesiapa pun lalui sebelum ini. Untung bagi kita yang hidup di era ni. La nie semua orang dok tertanya2, jadikah Anwar take over? Tetapi leave it to him untuk buat excuse dia. Dia cekap...
Sorang dok tergedik2 nak jadi Menteri, walhal penyandang kuasa tak juga mau bagi laluan. Yang tergedik tu sanggup buat apa saja untuk mencapai cita2, walaupun terpaksa masuk pintu belakang.
Hak yang dok ada pula terlalu telus sampai ter- de- ghe-luiiihhh. Sampai tak leh nak kata apa dah. Orang dah tak hormat. Kesian jugak dia tu..Ini lah politik..
Semalam aku ngan Koden jumpa kat Makbul, selepas tarawih. Aku terus bersahur kat situ kul 1 lebih. Tak dak benda yang interesting sangat nak cerita pun.
Nantilah cerita lagi. Banyak setting nak kena buat kat laptop ni lepaih format.
Cheerio..CU..
Monday, September 8, 2008
SELAMAT BERPUASA dari AIN...

Assalamualaikum
Belum terlambat rasanya nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga kita dpt melaksanakan ibadah ini dgn sebaik-baiknya dan semoga semua amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.
Ucapan diatas ni adalah dari Fatimah Zaharin untuk warga Blog ni semua.Ain...sorry lambat masukkan..broadband down lebih dari 1 minggu..
Hampa tengok sat, kucing tu dok tengok gambaq dia dalam TV...Sakan, sakan .....
Aku teringat nasik kandaq lah hari ni..Mana nak cari yang setara ngan Penang punya pun tak tau lah. Melainkan aku balik Penang je lah. Senang cerita.
Hampa atau Hangpa...
Assalamualaikum...Salam Sejahtera...
Apa habaq la hampa semua cik oi..Lama lah aku rasa aku tak berkeliaran kut alam siber ni. Apa nak buat..streamyx went down the drain. Now dah naik mencanak balik dah.
Posa selalu nya, 2 minggu pertama pada aku tu rasalah kemeriahan nya..pas tu dah jadi macam normal balik. Dah dok sibuk bershopping lah masa tu untuk anak2, famili yang lain dan sebagainyalah.
Bila anak2 dah besaq ni senang cikit. Ajak depa pi shopping ngan kita pun bukannya depa mau dah. Bagi duit, hampa pi sendiri beli lah apa yang hampa hendak, apa yang hampa berkenan. Aku pun dah huloq duit kat anak2 aku dan suruh depa pi cari sendiri lah .. Yang risau nya bila mai hari Raya hang tengok depa dok pakai benda yang lama jugak...Duit tu mana pi? Hahaha..biaq pi ke depalah.
Jit dan angkatan lain yang anak kecik2 lagi tentulah dok sibuk untuk membeli belah. (Nyoq selalunya lepaih kita beli kita belah lah no..) Tak lupa juga angkatan yang dapat pangkat Datuk dan Nenek, Tok dan Wan dsb. tentu sekali sibuk dok bersiap anak menantu nak balik mai especially cucu tu laah yang di tunggu. Anak tu dah tak kisah sangat.
ok lah gang semua..jampok2 lah sama. Aku sakit kepala lah hari ni. Tak leh nak celoteh panjang.
Satu persoalan aku nak tanya semua orang yang baca. Aku guna perkataan "hampa" . Tapi ramai jugak yang aku tengok guna "hangpa". Yang mana satu betui ha? Umpq dah separuh abad dah...Walaupun perkataan ni digunakan sebelah utara saja, tapi aku nak betuikan dgn "hampa" semua lah...Bagi idea sikit, atau aku buat polls...Apa yang betui.."HAMPA" atau "HANGPA"
Monday, September 1, 2008
1st Day Posa
Salam...
Lama jugak aku rasa aku ni tak masuk dok celoteh kat sini, bukannya apa, sibuk lah. Mula sibuk ngan Pilihanraya Kecik Permatang Pauh pas tu sibuk ngan nak meninggalkan Paka, Terengganu, tempat yang aku bermastautin selama lebih kurang 8 bulang, mulai 7hb Januari 2008.
Sedih gak rasa nak tinggai kan Paka, aku dah boleh blend well ngan gang kat Paka, aku dah feel at home kat Paka cuma yang aku tak boleh ngam lagi dengan pelat depa. Klu depa boh cepat2, nga nga aku. Baru2 ni aku nak balik KL, Cad Man aku bertanya ..." Abang nak beli tandas di KL ke?". Itulah apa yang aku dengaq. Aku tanya "Tandas apa?"...Budak2 lain pun nga nga jugak sebab depa dari KL kebanyakkan nya. Budak Auto Cad ni memang local.Budak Marang. "Tandas untuk Optimal!" jawab dia. Lagi lah ghaplah aku nie. Budak2 lain yang kat situ semua nya terdiam bila sebut Optimal, kerana itulah plant yang kami dok buat kerja. Mungkinkah ada request untuk pasang tandas utk budak kerja ke? Plant ni memang cerewet sebab kami tak dibenarkan guna toilet depa masa kerja. Kena supply tandas bergerak sendiri.
"Ha? Tandas apa lagi...Kerja kat site dah siap dah?", aku tanya balik.
" Hok nok bagi ke Rawi. Se gig pung cukop doh..." Jawab Nazmi...
Kah kah kah....Semua orang gelak ...Rupa nya dia nak suruh aku beli Thumbdrive untuk bagi kat drawing dept Optimal. Hehehehe...bila dia cakap ngan peletnya yang pekat tu, dah dengaq macam lain terus.
Aku bertagak untuk balik KL, tak tau aku apa sebabnya. Mungkin aku dah selesa sangat kut dok Ganu. Tak dak jam, tak dak toll, laid back life, relax... Patut bertolak hari Kamis sudah, dak jadi, dan Din ILY pung mai, malam tu dinner bersama dan sebagainya lah. Keesokkan hari tu pun aku masih dok ding dong lagi. Sabtu baru aku chow....Sambung later..nak gi ronda Penang kejap..
Thursday, August 28, 2008
Din Ahmad

Salam Gang....
Din Ahmad aka Luyen aka Din ILY baru sudah mai jumpa aku kat Paka. Seperti yang aku cakap lah, dia sibuk dok cari student je la nie. Roadshow kat Bandung dan seluruh Indon kut. Actually dia mai Cerating holiday ngan famili Dess. Langsung lah mai ke Paka jumpa aku. Kena kopi secawan, pastu dia balik ke Cerating sebab anak dia nak mandi2 dlm kolam...
Dess, bini dia punya lah dok promote ajak semua gang ke Bandung. Kata dia apa salah kalau buat gathering di Bandung....Ok gak no? Ni ada gambaq Din kat sana..Bini dia email kat aku.
MEMOHON MAAF SEMPENA RAMADHAN
Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.
Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.