Tuesday, May 1, 2012

LAMA NYE..

LAMA SUNGGUH NO?

Assalamualaikum...

Memang lama sungguh aku tak berkeinginan langsung nak menulih di sini... Tak tau pasai apa tapi rasa segan sangat2.. Camana ka, hari ni dapat "wahyu" suruh tulih..Sat gi ada plak yang komplen pakai perkataan nih, aaaggghhh, biaq pi lah..aku suka..

Mola sekali bila kawan2 dah ramai yang berjinak ngan FB maka blog memblog ni dah jadi cam "ancient" plak. Tapi aku salut/tabik kat kawan2 lanie yang dah menyahut cabaran masa dengan mendalami ilmu komunikasi secara virtual ni. Masa dulu2, susah sangat nak tengok memba2 participate dalam internet ni..payah la, tak tau la, macam2 alasan. Tapi lanie tak dak pilihan dah sebab kalau tak ambik tau maka ketinggalan lah jawabnya.

Tahun 2012 ni, aku berhijrah ke Terengganu sat. Ada offer untuk cari makan sikit sesambil dapat mengeratkan lagi sillaturrahim ngan memba2 kat Paka Terengganu ni, maka aku pun apa lagi "GRAB". Lepaih Raya Haji actually aku dah sampai kemari. Nak mai sini pun nak kena perbaharu paspot  pulak..Paspot OGSP. Maksudnya Oil and Gas Safety Pasport, baru boleh buat kerja kat sini. Sehari punya kursus yang amat mengantuk dan lepas tu ada peperiksaan lagi utntuk menyatakan yang hang paham apa yang depa dok "bok bek" dari pagi sampai petang kat NIOSH Bangi tu.

So, lanie aku kat Paka... Sebuah pekan yang dipenuhi ngan Kilang kilang pemerosesan bermacam benda yang terdapat dalam minyak yang Petronas dok gali keluaq mai tu..Yang buat Gas dan macam2 lagilah..Berlambak lambak kilang tu kat sini.

Sara hidup disini..aduss..tinggi bro. Makang mahai deh.. Kebanyakkan orang yang bermastautin disini cari makan dengan Petronas, jadi...aku pun tak paham camana boleh jadi gitu. Yang tak mampu kenalah masak makan dirumah, lebih sedap dan murah...

Bapak aku sakit teruk hari tu, masuk spital. Aku berulang balik ke Aloq Staq tiap2 minggu.. Khamis malam naik Air Asia dari Kuala Terengganu 9:20mlm, sampai LCCT 10:20mlm. Lepak rumah Zaqwan kat Nilai, kul 5 pagi pi LCCT, ambik tiket ke Aloq Staq 7:00 pagi. Sampai 8:00 pagi. Teruih pi Spital, ganti orang yang tunggu malam..Tunggu kat Spital. Sabtu malam terbang ke LCCT. Esok pagi kul 7:00, terbang ke KT. Balik Paka..kerja..Fuuhhh letih gila..

Tapi lanie alhamdulillah bapak aku dah sihat. Ada kat rumah dah..Boleh berjalan ngan elok..Nak kata 100% tu dak lah tapi much much better. Thanks to Fazie ngan Ta yang pi melawat bapak aku semasa ketidaan aku disana. Ta juga biasa jemput aku ngan adik aku kat airport..Thank you so much..

Last Saturday, 28hb April, aku balik Penang menghadirkan diri  di Kenduri Nazri Zakaria yang menyambut menantu yang kedua. Aku ngan Koden dh janji nak sampai pukul 12th sebab pastu nak pi Aloq Staq pulak ada lagi satu kenduri. Janji dlm FB nak jumpa ramai2 kat Bertam tak kesampaian..Yang ada aku ngan Koden n Malik abang Koden. Hak lain tak sampai2 sehingga kami berundur diri. Well kita boleh plan saja kan?




BFF - Best Friend Forever...Kah kah kah..Term orang muda2 tuh..

Anyway hari yang bersejarah tu, di KL depa dok sebuk cara lain padahal kami dok sebuk sebab lepas makan nasik depa hidang murtabak, pastu ada popia pastu ada buboq, pendek kata panjang cerita rasa cam tak mau bangkit dah..Kalau tak dak kenduri anak penakan aku hari tu haruih aku ngan Koden dok sampai semua gang2 lain sampai....

LATEST NEWS :  
TARIKH : 25HB MEI 2012
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM

PERHIMPUNAN 59ERS YANG BERSIH.
SILA PAKAI BAJU YANG BERKOLAR DAN NO SANDAL OR FLIP FLOPS.

SELANJUTNYA : KONTEK KODEN ATAU AKU.

WASSALAM..

Saturday, January 7, 2012

HAPPY BIRTHDAY 7/1/86

Salam All...
The best thing parents can do for their children is to love each other.
26 tahun yg lalu, hari ni, anak aku Hafriz terjengoi keluaq melalui proses "CAESAREAN", after the mother had to spend a few lonely and painful hours at the GH Penang maternity ward. Aku dh balik tidoq kat Caunter Hall, lanie org kenai ngan Jln P Ramlee, tak jauh mana pung dari Spital tu. Aku rasa aku tidoq pun tak lama tetiba "Makcik" kejutkan aku kata ada telepon fr Spital..apalagi kan..PANIK, GABRA, GHAPLAH POPIA, semua nya ada.. Handphone xdak lagi time tu..Depa nak buat pembedahan coz mother dah terlalu weak and the baby had to come out soon sbb ayaq apa ka dh pecah.. GO AHEAD lh kan..kita janji nak selamat je.. Rush to the hospital after that.. Menunggu lh plak. Finally semua nya selamat tetapi anak aku ni dh tersedut air apa tu, so selepas MISI tu bawak mai tunjuk aku tengok jari jemari dia cam biru camtu.. So depa cepat cepat bawa dia masuk incubator ka apa entah lah..Banyak tubing yg depa pasang masa tu..Dia cucuk sini, dia cucuk sana , dia cucuk situ...Sedih tak terkira aku..Menangis je lah yg aku boleh buat. Segala macam mungkar, segala macam benda yang aku buat terdahulu dh jadi cam flashback kt kepala aku..Adusss.. DOA je lah.. Only parents je yang boleh tengok. Tok, wan, nek, makcik semua tak boleh. Aku pi tengok, pastu turun cerita.. Tapi soalan yang mak aku tanya selalunya aku kena pi tengok sekali lagi untuk jawab..Dia lah ghaplah paling kuat..FIRST CUCU..tak leh tengok pulak tu.. Cousin aku "PUYAH" kami panggil, actually nama dia FAUZIAH, MISI besaq gak lah kt spital Loq Staq masa tu..SISTA ka apa ka..menggunakan talian hayat dia untuk bawa mak aku tengok HAFRIZ. Seronok nya mak aku dan jugak sedih, tapi baby tu bukan dalam keadaan kritikal so...ok lah. Lepas 2 minggu, baru boleh kluaq. Mak dia dah kluaq earlier.. Teruih bawak balik ke Aloq Staq masa tu sebab mak aku nak jaga depa dua beranak..Leha ngan Hafriz.. HAPPY BIRTHDAY HAF..You are the best gift that God gave me and I will treasure it for the rest of my LIFE. I LOVE YOU SON>>>

Wednesday, March 23, 2011

DATUK T EXPOSED...?

Salam...

Politik politik politik..tak habih habih kita ni ngan politiking. Bukan politician je yg berpolitik, hak yg tak sepatutnya berpolitik pun main politik jugak tanpa dia sedaq yg dia berpolitik.

Mengikut wikipedia politik adalah :
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Politik wujud sebelum wujudnya ketamadunan manusia. Kebanyakan primat hidup berkumpulan dan membentuk "hierarki dominans" ( dominance hierarchies ). Individu dengan status hierarki tinggi cenderung untuk merampas kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai hierarki yang lebih rendah. Dengan itu lebih tinggi status seseorang individu lebih besar peluangnya untuk berjaya membiak dan mengawan dengan lebih kerap, selain mempunyai lebih banyak sumber untuk melabur bagi menjamin keturunannya terus hidup. Hierarki ini tidak tetap dan bergantung kepada beberapa faktor yang berubah, antara lain ialah umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Status juga bergantung kepada keupayaan untuk mendapatkan sokongan yang lain. Malah, keperluan untuk mengekalkan posisi dan pengetahuan masyarakat mungkin merupakan pencetus evolusi otak lebih besar bagi manusia. Politik manusia awal berbentuk kumpulan kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes )

Well, kita digempaqkan dengan  sebuah telemovie yang baru, 17 minit je durasi nya, tetapi disebabkan "pelakun" utama itu ada iras2 seorang ahli politik makanya, tayangan movie ini mendapat publisiti yang amat luas..Sampai satu parlimen dok bersembang..Yang bestnya, producer film pun undecover gak sampai org tertanya tanya. Premier preview dia pulak buat kat tempat yang amat eksklusif sekali.

Baru tak sat, Elizabeth Wong dah tweet link untuk expose misteri DATUK T. Sila klik utk dapatkan pengetahuan dan pedoman. Aku pun tak tau link yg Eli Wong kasi ni genuine ke tidak..Percaya ke dak ke, hampa pikiaq ambik lah..SIAPA DATUK T?