Monday, December 14, 2009

Al Fatihah

Assalamualaikum...

6:34am..Terima berita dari Bandung..Innalillah..Kembalinya Cikgu Md Taib ke rahmatullah..Takziah pada keluarga Fatimah Zaharin dan Mat Lawi...

7:00am..Kamal hantaq msg yg sama..

Al Fatihah

Saturday, December 12, 2009

ALIYA

Assalamualaikum semua...

Lama gak rasanya tak berceloteh..Apa nak buat, sibuk. Lagi pun timing aku dah out. Tiap malam balik kul 1/2 pagi, pas tu tak leh tidoq lagi, silap silap sampai pagi. Lepas subuh baru lena. Jadi manyau..hehehe..

Walau camanapun, alhamdulillah perniagaan aku yang kecil2lan ni nampaknya memberikan hasil yang melegakan. Memang coverlah. Lebih kepada potret dan karikatur dari barangan yang laku.

Semalam, kami tutup perniagaan agak lewat, kul 1 pagi. Ramai yang nak buat potret atau karikatur tunggu time dekat2 nak balik, sebab depa segan nak posing. Tapi time tu lah orang paling ramai.

Ada satu pasangan semalam yang buat karikatur. Depa adalah couple yang last sekali. Nud, kartunis dari Majallah Gila Gila yang handlekan. Bila time nak laminate aku tengok ada 3 gambaq dlm paper tu dan tertulis "PAPA, MAMA & ALIYA". Aku pun macam biasalah, ramah tamah aku ni pun bertanyalah.."Aliya, tak mai ka?"...

Mak dia jawab, " Dia tak dak dah".. "Dia pi mana?" tanya aku lagi..

"Dia dah meninggal....", terkedu aku. Aku dah lost. Tak tau apa nak kata dan tersengap lah sat.
"Dah berapa lama?" aku tanya lagi..
"Hari ni masuk 40 hari..Accident kat depan PISA(Penang International Sports Arena)..."

Nud, kartunis siap bagi kata2 perangsang dan bagi tahu aku yang dia nak bagi discount. Aku pun bagi discount kat depa...

Aliya is two and a half years old...Innalillah...

WASSALAM

Saturday, December 5, 2009

BENDANG D KELUBI

Salam...

Seperti yang di bincangkan dalam posting yang lalu lalu dan jugak kalau tak silap aku, idea ni keluaq semasa Alumra yang dijalankan di Shah Alam hari tu, maka dah dekat nak jadi kenyataan dah ni apabila Mat Saman dah mula melancarkan kutipan. Aturcara dia dan dimana tempat nak bayaq adalah seperti berikut:

TARIKH : 26HB DISEMBER 2009
TEMPAT : RESTORAN BENDANG D KELUBI, JITRA.
JAM : 11:30 PAGI.
SUMBANGAN : RM15.00 - SEORANG
RM25.00 - PASANGAN
RM35.00 - SEKELUARGA

Pembayaran:

Nama : Ahmad bin Md Saman
Bank : Bank Islam
Akaun : 12029010015552

Sila konpom sebelum 15hb Disember melalui SMS ke no 0193224895 (Mat Saman) atau 0174581075 ( Aliyah Ramli). 10 yang terawal konfom akan ditaja secara percuma. So jangan tunggu lama lama, nanti diambil orang...

Untuk gang2 form yang rasa tak berapa nak kenai ngan Mat Saman, hampa boleh lah call aku atau pun Kamal untuk mengetahui ngan lebih lanjut.

1 comments:

ibnusaman aljalawi - pemikiran seorang jelata said...

Ada tambahan info atas permintaan Mazlee dan Kamal demi memudahkan semua. Selain bank Islam, buleh juga guna Maybank atas akaun Aliyah binti Ramli no. akaun 1520 6868 2184 , HP : 017 458 1075 atau bayag masa datang kelak. Sila SMS sesudah bank in dan sila konfom nak datang bagi yang nak bayag di tempat event.
December 5, 2009 10:13 PM

PLAN...

Salam...

Plan ke rumah Kenduri Khalid Ismail.....

Friday, December 4, 2009

BERITA TERKINI...


BERITA TERKINI....BREAKING NEWS...

Butterworth, 4/12/09.

Pegawai Kastam Tuan Mazlee, mendapati rumah dia telah di masukki pencuri petang tadi. Kasut tenis dia banyak yang hilang katanya, tetapi racquet tennis dia tak hilang. Jadi dia masih boleh main tenis pakai selipar ngan seluaq sebab banyak gak baju2 tenis dia yang hilang, mengikut dari lapuran yang dia buat tadi.

Dengaq kata jiran dah nampak dan panggil polis, tapi pencuri tu pulak boleh bagi tau kata Polis lambat lagi baru sampai. Jiran tu jugak dah dapat ambik gambaq pencuri2 tu...

Sakan depa punya berani no..Kurang ajaq betui...Marilah kita ramai2 menyumpah dan melaknati bajingan2 tu..Semoga sumpahan kita akan menyedarkan nya..

Simpati aku kepada Tuan Mazlee...

Melapor dari Pesta Pulau Pinang...

WASSALAM..