Saturday, July 18, 2009

MAL 2 - 3 MAN U.




Assalamualaikum...

Ok lah tu kan score 3-2, Malaysia kena...Aku pun nasib baik dapt tengok menerusi internet, 2 gol yg Malaysia score melalui Amri Yahyah. Apa nak expect dari Malaysia, depa defend je lah kan. Memang tak terlawan lah ngan depa nie. Tapi hari nie main siang, maka fair pada kedua pasukan. Malaysia sendiri jarang main sebelah siang dalam negara sendi
ri..


Rooney, Nani n Owen untuk Man U dan mesti lah akan di gembar gemburkan dalam paper esok
Amri sebagai hero Mlaysia. Tapi gol dia pun not bad..Terpedaya keeper tu.

Gambaq tunjuk tendangan Owen yang mengalahkan pasukan Malaysia...
Well Done Boys...Malaysia Boleh..tahan..

Kat bawah menunjukkan rakyat yang lebih sayang barang luaq dari produk negara sendiri..

Wassalam








Friday, July 17, 2009

MAN U..MAIN U

Assalamualaikum...

The Red Devils are in town...Adakah kawan2 yang pi tengok malam ni? Nampaknya masa depa training pun dah ramai orang pi ushar..Tengok lah gambaq sebelah...

Aku sbenaqnya syok nak tengok Owen perform alongside Rooney tu kan. Sure best punya..Macam masa depa main ngan England dolu..Agak2 berapa lah depa nanti kena ngan Malaysia kan? Eh eh..betui ka statement aku nie. Terbalik kut no!. Tak pa lah besok kita boleh lihat siapa yang kena....

So kalau ada sesiapa yang pi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok, cerita2 lah sama no..Share lah ngan kita yang tak sampai nak kesana tu..

WASSALAM

POLKA DOT

Assalamualaikum...

1. Kisah anonymous ni dah lama sangat kita dok bincangkan. Madud yang komputer savvy pun dah banyak kali dah dok bercerita camana nak buat dan sebagainya. Kalau yang interested tu boleh lah suruh Madud ajaq. Upah dia tak mahai. Tembakau yang busuk tu je..
Aku pun dah banyak kali sound gak kisah anonymous dok mengata orang dan sebagainya. Pikiaq pi pikiaq mai, senang je..Dah tak mau dengaq cakap, tak mau nak tonjol diri, kita delete je lah. Trend dia, bila nak mengata orang je depa tak berani boh nama..Seriau jugak..

2. Aku tak berapa faham ngan Fazie ni..sat dia kata jangan merokok, tetiba dia nak tolong gi beli tembakau kat Madud pulak. Merokok ni membahayakan kesihatan. Tak baik..sikit hari aku pun nak berhenti dah la..So tak yah lah dok encourage lagi orang merokok by helping them buy and what not..Tak yah dok susah payah lah Fazie oi..LAgi pun tembakau tu busuk. Merosakkan alam persekitaran.. Kat Gurun ni banyak jagung, nanti aku kutip kan bulu jagung tu bagi buat tembakau...Bau dia lebih wangi lagi..

3. Aduss..cuaca kat Gurun ni amatlah panas lanie. Tambahan pulak kilang Petronas Fertilizer Kedah ni akan jalankan Turn Around dia pada 21hb ni. Ramai sangat pekerja2 yang masuk ke sini. Di sini juga dah jadi cam tempat reunion utk gang2 Oil n Gas ni bertemu dan berpisah. Lepas ni tak tau nak jumpa kat mana pulak. Tapi its a nice feelinglah bila kita dapat jumpa balik gang lama2..Cam kita buat reunion gak lah.

4. Malam ni, PFK ada buat appreciation dinner utk staff dia. Bertemakan Polka Dot. Aku adalah sangkut paut sikit ngan event management dia malam ni..Aku terpaksa pusing Penang cari kain Polka Dot utk buat hiasan dewan, punya lah susah dapat. Akhirnya dapat gak lah kat Bazaar Penang tuh..Tak murah bro..RM100 utk 40 ela. Anyway deco pun dah siap, sound check pun dah siap, tunggu malam jelah for the event proper.

Aku dah nak masuk plant balik..Kerja aku dah 99% siap dan nak commission sepenuhnya..Pas tu, Selamat Tinggal Gurun...

WASSALAM


Wednesday, July 15, 2009

KT KEMBALI..

Salam...

Dia dah mai dah...Welcome back KT..long time no hear...

KUDA TUA said...
KUDA TUA KEMBALI LAGI

Sahibul wal hikayah, maka tersebut lah al-kisah Kuda Tua menyepi. Ana bersyukur kehadrat illahi kerana dgn limpah dan kurnia nya ana masih sihat dan ligat memperkayakan diri secara menyeluruh. Mencari rezeki untuk kehidupan dunia tanpa melupai janji hari muka. Merapatkan silatul-rahim sesama insan sambil lebih berjinak2 mendampingi NYA.
Menyepinya ana selama ini bukan lah bererti yang ana telah gulung tikar. Berkali-kali ana berhajat menaburkan sepatah dua ayat untuk di kongsi niat. Tapi ana selalu kelu sebab pelayaran di blog darah59 dilihat kerap sekali dilambung ombak dan badai.
Syukur semua nya sudah kembali tenang. Sekalung penghargaan ana hulurkan kepada pengasas/penghulu blog. Bijak benar beliau membiar dan membuang mana2 komen yg keterlaluan.
Dari suara yg ana terima, baik di BB50 mau pun di Hi-Tea KSA, masih ada yg bertanyakan "sapa Kuda Tua tu?". Que sera sera, whatever will be.., will be.
Antara sebab ana terkedu menyepi ialah status ana sebagai anonymous. Terdapat terlalu ramai yang menghadirkan diri di blog59 dengan status anomymous ini. Dan dari yang ramai, terdapat beberapa yang menggunakan status anonymous ini untuk menerjah dan berkesat bahasa kepada sipolan-sipolan.
Maka ana pun memuhasabah lah. Adakah ana tergolong dalam golongan "anasir sabversiv" di blog ini? Apabila ana benar2 yakin yang ana tidak begini, maka ana kembali.
Ana berpendapat status anonymous ini harus digunakan dengan berhemah. Teguran yang hendak dibuat, harus dibahasakan secara am.
Oleh yang demikian, ana ingin mencadangkan kepada semua sahabat2 supaya tidak melayan/menjawab/melatah kepada sebarang komen2 sensitif/peribadi yang diutarakan oleh anonymous/nama samaran (yg tak dikenali). Tindakan menyeluruh yg begini akan mampu membenteras kehadiran komen2 yang tidak beretika. Kita tidak boleh mengharapkan Tok Penghulu untuk mengawasi kemasukkan komen2 nista ini selama2nya.
Hanya dengan kerjasama semua serta respon menyeluruh akan dapat memertabatkan semula blog DARAH59.

JULY 15, 2009 3:48 PM

Apa yg KT sarankan tu amat bernas sekali..Memang betui sangat dan hampa semua pun patut ambik iktibar...

Keep it coming bro.. Aku ada edit sikit sebanyak tulisan mu ni agar tak mendatangkan masaalah pada aku ...hahahahaha...

WASSALAM.

ZUL...

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Aku dapat satu berita dari TAL18, kul 7:39pm tadi..Zulkifli Ramli(Tok Wan @ Zul Bukit Wang), masuk ICU di KMC Alor Setar pagi tadi kerana diserang penyakit jantung. Aku pun tak tau keadaan nya yang sebenaq, mungkin sesiapa yang ada berita yang lebih lanjut mungkin dapat war warkan pada blog ni dan juga blog kawan2 yang lain. Kita sama sama lah mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Saudara Zulkifli ni dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu, tetapi masa ni apa lagi nak kira tingkatan ka form ka..kita semua dari Sekolah yang sama dan semuanya dalah saudara kita gak..

Satu lagi berita yang aku nak masukkan disini adalah juga dari TAL18, iaitu undangan kenduri kawin dari Nik Ruslan Nik Hamid, pada 26/7 hari Ahad, di Kg Kelubi Dalam, Jalan Taman Tunku Sarena, Jitra. Nik bertugas di PEJABAT TANAH JITRA.

Satu berita sedih dan satu lagi berita gumbira..Camanapun berita ni adalah untuk semua kawan2 yang melayari blog ni...

WASSALAM..