Wednesday, July 15, 2009

ZUL...

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Aku dapat satu berita dari TAL18, kul 7:39pm tadi..Zulkifli Ramli(Tok Wan @ Zul Bukit Wang), masuk ICU di KMC Alor Setar pagi tadi kerana diserang penyakit jantung. Aku pun tak tau keadaan nya yang sebenaq, mungkin sesiapa yang ada berita yang lebih lanjut mungkin dapat war warkan pada blog ni dan juga blog kawan2 yang lain. Kita sama sama lah mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Saudara Zulkifli ni dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu, tetapi masa ni apa lagi nak kira tingkatan ka form ka..kita semua dari Sekolah yang sama dan semuanya dalah saudara kita gak..

Satu lagi berita yang aku nak masukkan disini adalah juga dari TAL18, iaitu undangan kenduri kawin dari Nik Ruslan Nik Hamid, pada 26/7 hari Ahad, di Kg Kelubi Dalam, Jalan Taman Tunku Sarena, Jitra. Nik bertugas di PEJABAT TANAH JITRA.

Satu berita sedih dan satu lagi berita gumbira..Camanapun berita ni adalah untuk semua kawan2 yang melayari blog ni...

WASSALAM..

Monday, July 13, 2009

KSA


Assalamualaikum ...

Gah start hoit kat Koden, Koden pun mula hoit kat sapa saja yang dia ingat, maka terjadilah kenduri kecik kat Restaurant Kenanga Kelab Shah Alam dalam suasana yang amat tenteram dan ceria.

Memang kena buat camtu je la nie. Kalau dah secara formal jadi kelam kabut, kita hoit2 je lah. Fazie..thank you for coming all the way from Alor Star. Paling jauh lah tu. 2nd jauh, anak cikgu rahman dari Gurun..hahaha..

Aku bertolak dari Penang Airport kul 9:20am dan sampai LCCT abaout 10:30 camti lah kut. Anak aku siap dok tunggu dah bila aku sampai so, kami terus gi Shah Alam, lepak kat Pelita sat dan pastu balik rumah aku kat U5, Subang.

Majlis ni lebih kepada meraikan kawan2 yg tak pernah jumpa macam Choon Tian, Hong Khoon, Chean Cheong dan Kurniawati. Thank you very much for coming.

Walaupun Koden dah plan nak buat collection untuk makan2 tu, tetap ada hamba Allah yang telah sponsor semuanya sekali, tanpa mau dihebahkan namanya. Tima Kasih..

Mael Luntoq pung ada, Mc E pung ada, Syed Rajan Tengku Sinniah pung ada, walaupun as usual lah dia banyak komitmen yang terpaksa di lakukan dalam hidup seharian nya.










Friday, July 10, 2009

I'LL BE THERE

Salam semua..

Memberangsangkan sambutan yang diberi untuk Hi Tea ni. Walau pun tak ramai tapi kesediaan hadir tu lah yang memberangsangkan. Orait gak tu, ada 1 Malaysia nampak nya. Semua bangsa malaysia ada pada hari 12hb ni. Kalau tak dak aral yang melintang, I'll be there...

Tuesday, July 7, 2009

HI TEA

Salam...

Kerana pulut santan binasa...Untuk informasi Fazie, bertanya sesuatu bukan bermakna seperti yang U bayangkan. Banyak sangat bayangan dalam otak hampa tu. Kadang2 ada orang boleh terima, kekadang ada gak yg tak leh terima. Seperti yang semua tahu pun, blog ni semua nya pakat dok baca. Ada yang bini baca, ada yang laki baca dan anak2 baca. Kalu "CINTA" aku baca dan merajuk camana? Hahahaha...Lets cut the crap..

TARIKH : 12HB JULAI 2009
JAM : 3PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
HI - TEA

Ni lah program yang di utarakan oleh Koden dan Gah. Eloklah tu. 12hb hari Ahad pulak.

So sesiapa yang terbaca dan ingin tahu lebih lanjut sila kontek Koden 0123168555 atau Gah 0123813890.

WASSALAM


Monday, July 6, 2009

NOSTALGIA.

Salam semua...

Memang betui Teluk Nibong laa nie ngan Teluk Nibong dolu dah berlainan sangat2. Memang dah tak dak lagi segala pokok getah dan segala kehijauan yg kita download zaman 60an/70an dulu dah tinggai memori sajalah. Aku pun terkezut bila semasa balik, 1 kona, 2 kona, 3 kona, tup tup dah dok depan SATS. Terkezut beruk aku. Padang yang aku rasa besaq sangat dulu tu pun dah kecik. Markas askar wataniah ka rumah pengakap ka dulu yang kat hujung padang tu pun dah tak exist anymore. Dulu dari padang kalu kita tengok terus nampak hutan dan pokok getah je..la nie dah nampak perumahan youuu...

Gambaq yang aku ambik ni pun tak lengkap sebenaqnya. Tapi battery aku hari tu dah nak kaput. Tak dan nak ambik gambaq bangunan yg lain. Memang bangunan lama tu dok ada lagi. Kena pi lagi sekali lah..ronda2 tengok. Ambik gambaq lagi..kan?

Komen Hj Hanin menceritakan kisah dia masa kecik2 dolu...

salam semua,
terlebih dahulu tahniah kat mat lazim, dah dapat menantu pon. maaf banyak2 tak dapat hadir maklumlah jauhhh. banyak nostalgia masa kat sekolah sats dulu bila tengok gambaq yg dz displaykan. Kpg. telok nibong dah berubah habis, dah hilang originality. Dulu kebun getah la ni penoh dgn rumah. ingat masa sekolah sats dulu aku pernah ambil jalan short cut sorang2 balik sekolah ikut telok nibong melalui kebun getah tapi tak jumpa jalan keluaq ke kpg. padang so berpusing pusing situlah banyak kali (sebelum ni dah besa lalu jalan tu), nasib baik akai panjang, patah balik ke sekolah dan balik via lorong alif - selamat alhamdulillah.

Aku ingat lagi yang masa dulu ada porch kat depan sekolah, tapi la nie dah tak nampak porch tu dah. Yg aku ingat dia berbentuk cam semi circle gitu kan? Betui ka? Anyway, itulah pembangunan. Tinggal memori sajalah. kalau sesiapa yang ada gambaq SATS dulu2 punya, hampa huloq mai kat aku..

RAmai dah aku rasa yang kontek Kurniawati setelah no fon nya diedarkan. Aku save je..tak call pung. Sebenaqnya tak tau nak cakap apa. Yg ni semua Koden dia boleh buatlah...Dia ni PR darah59...Hahahahaaaa... Fazie call aku semalam kata dia dah cakap ngan K'watu dan it seems depa nak jumpa kat KL Sunday ni. entah jadi ke tidak aku pung dak tahu. Tapi aku siang2 dah cakap aku cak cenang lah Sunday ni.

WASSALAM..