Saturday, July 4, 2009

TELUK NIBONG...MAT LAZIN

Assalamualaikum....

Huru hara sikit rumah aku kat Gurun ni. Nasir, hsemate aku ni, baru balik dari Filipina last week. Pas 2 hari dia dah demam. Apa lagi, dalam kepala otak aku ni kira dok nampak H1N1 je lah. Aku paksa dia pi klinik. Aku bawa dia dan Doktor bagi ubat untuk 3 hari makan. kata Doktor tu, kalau dalam masa 3/4 hari ni demam dia tak kebah, dia hendaklah terus gi ke Hospital. Pastu nampak dia pun cam ok je. Bini dia pun mai dari Seremban nak tengok dialah. 2 hari bini dia kat sini. Pas bini dia balik, dia punya demam dah semakin teruk.

Tengah hari bila balik lunch, aku tengok dia siap berselimut walaupun memakai coverall NOMEX yg kalis api tu. Panik gak aku. Petang aku bawa dia gi Hospital Yan. Lepas depa periksa dia, terus depa bawa dia ngan ambulan pi Aloq Setaq. Ghaplah aku.. Malam depa hantaq dia balik dari hospital A/Staq sampai kerumah ngan ambulan. Reason dia, sebab depa nak tau rumah dia kat mana. Dia diarah kuarantin kan diri dia didalam rumah dan mesti sentiasa memakai mask. Kami yg serumah ni pun terpaksa akurlah. H.A akan datang kerumah untuk buat pemeriksaan keatasnya hari2.

2 hari dia menunggu, HA pun tak mai. Semalam dia terpaksa balik ke Seremban..nak terima menantu jugak...hahhaaha..Nampak demam dia dah tak de lagi. Maybe result dia negatif kut, sebab tu HA tak mai lagi kerumah. Masaalahnya la nie..aku dah selsema sejak dari hari aku hantaq dia pi ke Hospital Yan hari tu..

Semalam aku dah SMS kat Mazlee kata nak ikut pi kenduri Mat Lazin. Tengah hari tadi dia mai ambik aku kat Gurun dan kami pun bertolak lah. Sampai rumah kenduri lebih kurang jam 1:15pm kut. Mat Lazin gembira sangat tengok kami.

Menu: Gulai daging ngan rebung, ayam masak kicap, acar timun dan ikan keli goreng. Pembasuh mulut pulak adalah buboq pulut hitam. Apa lagi, pulun je lah. Sambil dok makan tu, Fazie nga hubby oun sampai. Norhayati Ishak n hubby, Own n wife. Sembang lagi. Pastu kami pun pi dok sembang ngan Mat Lazin. Intention yg betui nak tunggu memba2 lain sampai lah. Yg aku dok tunggu sangat adalah Megat Fisol. Dia datang...Camana dia naik gerek dulu, camtulah dia naik moto mai. Hilang lah rindu aku kat dia. Ramai lah memba2 yg hadir. Zurina, Hamidah, Khalid Salleh, Hamzah, Jan Badak, Rashid, Hashim, Nordin Ahmad, Kamal Kassim, Kamal Attaturk, Sobri, Gah, Hamsan n wife dan ramai lagi yang aku pun tak ingat nama depa.

Planning aku nak balik awai, last2 dah jadi kul 3 baru bertolak balik. Siap berhenti kat SATS..nostalgia sungguh.


Memang dah berlainan sekali dah sekolah aku ni. Kan? Tetapi masih ada lagi bangunan yang lama tu. Cuma tak dak masa nak explore sangat. Tu pun, minta permisi pengawal keselamatan sekolah untuk ambik gambaq ni.
Mat Lazin, walaupun dah penoh poket dia, masih tak mau masuk simpan dulu sebab tak nak tinggaikan kawan2 yang mai kenduri rumah dia.
Norhayati Ishak di tengah2. Dia ni pun macam dulu jugak. Muka tak banyak berubah. Dia pun dah pencen katanya. Opt out lah tu ka atau VSS ka..
Ni dia orang yang dicari cari selama ni. Akhirnya berjumpa jugak. Megat Pistol/Fisol. Gambaq menunjukkan dia dok sembang ngan Koden on the phone.

Sampai balik kat Gurun pun dah dekat kul 5. Mazlee hantaq aku kat Petronas Fertilizer, aku ambik keta, terus balik dan postkan cerita ni...

P/s...aku bukan tak nak jawab SMS Koden, tapi aku terlupa dan la nie dok sibuk testing n commissioning projek yg aku buat di Gurun ni. Dok pulun perhabis supaya boleh balik cepat. Lagi satu aku geram gak kat hampa sebab dok arrange macam2 kat KL, walhal aku kat sini lagi..Uhuk uhuk uhuk...
Harap2 tak dak lah sesiapa lagi yang nak bersungut tak diajak untuk menghadiri kenduri ni...Kan?

WASSALAM..

Friday, July 3, 2009

KENDURI MAT LAZIN



Assalamualaikum...

Kenduri Mat Lazin besok. Sesiapa yg lupa, aku ingatkan lah. Attaturk ada call aku semalam bertanyakan samada nak pi sekali ke atau camana. Aku pun tak leh nak bagi jawapan lagi. Tapi nampaknya, aku akan cuba sedaya upaya untuk hadir. Aku dah boh kad dia sekali lagi kat sini.

Macam kata Mazlee lah, peluang untuk berjumpa sekali lagi dah terbuka. Tak payah bayaq duit. Mai makan je dan sedekah banyak mana yang mampu..hahahaha..

Tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat datang pada ibnu saman aljalawi yang juga melayari blog ini dan juga memasukkan blog add ni di dalam laman blog beliau. Semoga persahabatan kita berkekalan.

WASSALAM

Wednesday, July 1, 2009

Salam...

Fazie ada cadang suruh masukkan clip yg menyatakan MJ menyanyi lagu Give Thanks To Allah. Ok lah tu. Maka aku pun carilah dalam you tube. Tapi aku rasa rasalah, lagu ni dinyanyikan oleh Zain Bhikha.



MJ


Assalamualaikum....,

Michael Jackson @ Mikaeel telah disahkan meninggal dunia. Katanya dia dok praktis utk konsert dia kat London tiba2 terus jatuh dan jantung dia pun stop beating. Beat it..Beat it..No one wants to be defeated..Showing how funky strong is your fight..It doesn't matter who's wrong or right..Just beat it, beat it, beat it...

Sapa yang tak kenai Michael Jackson kan? Popular gila. Satu donia kenai dia. Start ngan Thriller dia tu lah yang buat ramai dok ikut cara dia menari. Adus..dia menari best betui kan. Entertainer yang tiada tolok bandingnya. Masa tu dia masih "African American" lagi. Maksud aku dia masih mempunyai warna asal dan ori lah org kata. Pas tu dia dah mula buat gila dah..atau pun dia dah gila ngan plastik. Pembedahan plastik. Aku terjumpa satu site ni yang ikut perkembangan rupa paras MJ ni dari mula sampai lah apabila muka dia dah jadi cam katun tak katun..cam tengkorak tak tengkorak..Hampa klik lah klu nak baca. History of Michael Jacksons Face.

WASSALAM

Monday, June 29, 2009

IDEA TINGGAI IDEA

Salam...

Nampak gayanya betui juga komen yang menyatakan kita ni bila sebut pasai duit je dah terkedu. Tapi ada suara di belakang yang selalu menyatakan bahawa bila idea murni di ajukan, ada orang yang cantas awai2. La nie idea dah dilontarkan, tapi masih tiada sambutan. Hanya beberapa kerat je yang bersuara. Ramai yang lain lebih suka bersuara bila sesuatu idea dilaksanakan.

Yang sebenaqnya memang senang untuk kita komen atau kutuk perkara2 yang dijalankan. Ini adalah kerana bila idea dijalankan, maka boleh lah kita nampak apa jadinya. Tetapi bagi yang mengeluarkan idea, ia hanyalah suatu ilusi. Semuanya dalam kepala pencadang. Patutnya kita sama2 lah pikiaq atau bagi cadangan agar ia menjadi lebih cantik dan lebih elok.

Kekadang pasrah tu memang ada bila kita cuba nak buat perkara yang baik, tetapi tiada sambutan. Tak kisah lah tu. Dah selalu sangat dah.

Aku bukannya nak give up on the idea, cuma aku tak nak lagi berbicara mengenainya dalam posting aku. 7 hari lamanya aku lontarkan cadangan. Dalam masa 6 hari ni, cuma 3 orang yg undi. Aku org yg pertama undi. TAL18 kedua. Yg ketiga tu aku tak pasti. Tapi aku berterima kasihlah pasai mengundi.

Dalam dok komen tu pun ada juga ayat2 yg mengadu domba kan kawan2. Ini yang tak best ni kan...Relax lah bro & sis. Mungkin idea aku tu tak berapa boleh diterima lagi oleh masyarakat yang kurang pengetahuan I.T ni..Tak pa..pelan pelan lah..Koho koho kata oramg Kelate...

WASSALAM