Friday, June 19, 2009

BELON


Salam,

Nampaknya dah berjangkit sikit dah idea Ngap Sayot aku tu..hahahaha..Water Frontlah, Merdeka Palace lah..adus..

Gatai tangan aku bila dok pikiaq pasai S'wak ni kan.. Terkeluaq lah date dalam kepala aku, terus check dan tercari cari tambang murah..5/12/09, Sabtu 9:45 kita nikit belon di LCCT mendarat 11:30am. Elok cantik kita pi lunch apa ka..Itinery sana, kita serah orang sana lah tolong kira. Habaq je bajet kat depa kan..Aku prefer kalu boleh dok kat homestay ka, rumah panjang ka, baru cool kan. 9/12/09, Rabu 7:10mlm kita nikit belon lagi balik Semenanjung. 5 hari cukup lah kan. Sampai balik 8:50mlm. RM275/= satu kapla. Air Asia.

Dari Penang masaalah sikit sebab ada flight petang saja. Tapi boleh gak. Pi sekali dari KL, tapi balik asing2. Kul 8:15 ada Kucing - Penang..Hari yang sama lah.. Kalu pi sekali balik asing =
RM282.10. Cari duit tambang dulu, pas tu kita book tiket. Untuk belanja disana dengan tempat tidor, simpan lah sebulan RM100. 6 bulan lagi, dapat lah 600. Kita cari bajet hotel dah la kat sana..Amacam.

Pi mai pi mai..sorang RM1000 cantiklah. How?

WASSALAM

Wednesday, June 17, 2009

Osmat

Salam semua..

Cuaca sejak dua menjak ni membuatkan aku kalah padanya hari ni. Rasa tak sedap badan. Letih dan rasa tak best lah. Lepas settlekan kerja aku pagi tadi, terus aku makan panadol dan rest kat rumah. Buat paperwork apa ka sikit, pas tu aku terus lena... Jaga kul 6 ptg., tu pun sebab housemate, Subian, welder yg bertauliah buat kerja dalam laut dan sebagainyalah balik kerumah dan ketuk pintu. Pas tu aku terus sambung tidoq. Kul 11 lebih jaga pulak sebab Nasir balik. Here I am. Badan dah rasa cergas sikit. Perut pun lapaq. Tapi kul 12 lebih dah ni, susah sikit cari makan kat Gurun ni. Buka email dan ini lah yang aku dapat...

"Assallamualikum Zambri,
Gmbr ketika menunggu bas utk ke KL sbelum balik ke Sarawak beberapa hari selepas menduduki SPM di pintu pagaq keluar SMJ 1976. Seberang jalan tu kalau masih ingat ada pokok2 kelapa dan bendang yg luas terbentang.... Kini hanya tinggal kenangan kot, dan berganti dgn bangunan moden.
Gerek mini yg ku naik tu kalau aku tak silap Koden punya atau Kak sita atau kak noraini punya. Tu di tepi pagar tepi jalan nampak muka koden. Amacam Koden..masih ingat ke ?
Salam ingatan mesra buat rakan2 smj 1972-1976.
mat"

Salam Mat... Nampak gaya darah59 juga diikuti oleh gang Sarawak. Alhamdulillah. Camana gang2 yang lain lagi? Kalau ada cerita atau berita kawan2 Sarawak yang lain, hantar2 lah. Boleh lah kita interaksi. Apa salahnya kalau gathering kita yangakan datang kita buat kat Sarawak ka? Teruja jugak aku nih.Address email Osmat ialah osmathamit@yahoo.com. Sapa2 yg nak kontek silakan lah. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat mat yg telah menghantar gambaq dia berposing atas gerek mini tu. Siap ada muka Koden pulak tu...

Memang betul Mat..La nie kat depan tu dah siap ada township baru, ada mall lagi, siap ngan bowling alley dan serba mak nenek lah. Betul2 di depan pintu pagar SMJ terdapat sebuah restoran Nasmir la nie. Mamak lah, apa lagi kan?

Its not a bad idea kan kalau kita buat gathering kat Sarawak nanti. Lets work on it...

WASSALAM

Tuesday, June 16, 2009

SUBAIDAH SP



Salam semua...

Seperti mana yg aku sembang kemarinlah tentang muzakkarah kami kat Subaidah SP.... Kamal yang tak lekang ngan kamera dia lanie, tak bagi peluang terus snap. Cuma malam tu bila nak download ke puter Lee, tak leh sebab card kamera tu nak kena format dulu. Tak berani nak sentuh takut sat gi hilang semua imej kat dalam.

Sebelah atas pix Hj Roshdi, Sdr Azmi Che Lam & Lebai Madud.

2nd pic. Aku, Sdr Mazlee & Sdr Nasir Regan. Kut yang belum kenai, Nasir ni lah yg berblog dalam manggisart.blogspot tu. Aku ada boh link dia. Artis lah dia ni. Layarilah blog dan galeri dia.

Macam yang aku katakan..Topik sembang mlm tu memang general habis.

Yg berada sembang cam org berada, yg kurang, sembang tentang kekurangan, yg berpenyakit sembang pasai kesihatan dan macam2 lagi.



Lepas agak lama sembang, hujan turun daa.. Apa lagi kami punmasuk kedalam kedai. Aku tengok jam dah dekat 12mlm, so kira nak belah je lah. Cari wallet nak bayaq, tak dak lah pulak. Gabra lah aku. Ghaplah popia jadinya. Call memba kat rumah, mamat tu pulak tak jawab. So aku pun minta diri chow dolu lah. Alhamdulillah..wallet ada kat rumah. Tak bawak pun.

Cerita lupa ni memang banyak sekali terjadi kat aku. Bangun pagi cari "spec" tak jumpa tu dah biasa sangat. Pegang kunci kereta, tapi dok cari kunci merata. Macam2 lah.. 50 yo..

Kalau sesiapa yang ada gambaq2 yg nak share silalah hantaq kat aku. Ni pun dah 2nd time aku sound kut. Ada jugak yg dok kata tak reti nak hantaq melalui internet. Gamak susah sangat, print dan hantaq melalui poslaju. Hahahhaaahhh... Untuk yg dok tak tih pasai IT ni, aku bagi satu tip. Hampa gunakan Microsoft Picture Manager untuk edit gambaq tu. Kecikkan lah maksud aku. Kalau besaq sangat, susah nak email. Compress kan dia atau resizekan dia, senang sikit nak email. Tapi kalau masih benak jugak...anak2 kan ada..Arahkan mereka...

WASSALAM




Monday, June 15, 2009

MAMAD

Salam..

Aku melayar layar di alam siber ni tetiba aku terjumpa satu artikel yang menarik. Complete ingredients nya. Siap promo lagi. Ni ada aku cantas sikit dari artikel mamat tu.. My birthday is next week anyway. A sly reminder. You gusy reading this can give me my presents by putting some credit to my phone number on the 20th, 21st and the 22nd of June and digi will be kind enough to add another 50%, which means, I you guys collectively credit me with say RM100, I will get an extra RM50 credit from digi, thanking all of you in advance and make sure of the correct date. 20th, 21st and 22nd of June. :))) Klik je cantasan tu dan hampa terus sampai kat dia... Spelling mistakes here n there...cool. Check it out..The words that he uses...wow..Even the mistake that he did might have certain hidden meaningss..e.g "gusy", Mula aku ingat silap taip ni, patutnya guys kan..bila pikiaq balik ..could be dia nak cerita sesuatu as in gigi pergi tinggal gusi? Hahahaa.. just joking lah bro..

WASSALAM



Sunday, June 14, 2009

SALAM SEMUA




Salam...

Tak dapat tidak, aku sokong dengan sepenoh hati kata2 Madud tu, tentang menamakan diri. Sesiapa saja boleh buat komen. Sapa saja jugak boleh nak hentam org tu dan org ni. Sesiapa saja sebab blog ini memang di publikkan. Tetapi, bertanggung jawab lah sikit bila mengeluarkan kata2. Kenalkan diri. Kalau dah betui, tepat dan memang terbukti apa yang nak dikatakan tu, apa klas pulak berselindung di sebalik
"Anonymous"? Gunalah nama sendiri. Takut apa? Berani kata, beranilah
mengaku. Kalau dah sampai keluaq tuduhan yg berbau fitnah, susah lah kawan...
Bukan niat aku untuk "defend" Koden sahaja. Sesiapa saja pun aku akan buat benda yang sama. Kadang2 tindakan aku di salah interpretasikan. Aku nak sejukkan keadaan. Aku nak amankan suasana. Itu saja niat aku. Tak lebih dari tu.

Eloklah kita sejukkan saja perkara ni dan kalau boleh settle kat luaq dari blog lah. Private sikit. Cuma aku rasa tak berapa nak elok. Lagi pun dah terbukti yang blog ni bukan takat kawan2 saja yang baca, anak2 dan juga pasangan masing2 pun dok baca. Jadi kepada yang dok berselindung tu, hati2 lah sama. Kemungkinan antara kita2 ni boleh lah kita gelak2, tapi kalau dah masuk keluarga ni, pakat berhati2 lah dengan kata2 hampa tu.

Semalam...aku ngan memba aku Nasir, pi SP dan berjumpa pulak ngan Mazlee, Madud, Kamal, Mee Che Lam dan kehadiran tidak diduga, Tuan Hj Roshdi Abdullah. Tempat pertemuan adalah Subaidah Nasik Kandaq, SP.

Topik perbincangan amat luas sekali. Macam2 campoq aduk. Cha cha merba jadinya..hahahaha. Camtu lah bila kawan2 berjumpa. Topik paling hangat apa lagi...Blog dan terdapatnya bunyi2 pahat selepas rumah siap...Biasalah tu...

Lebih kurang aku dah dapat detect lah dari mana datangnya komen2 yang pedas tu. Tak perlu lah aku nak bercerita kat sini. Semoga benda camni di hindarkan lah lain kali... I know what u did...

WASSALAM.



P/S - Gambaq dari kamera Attaturk.