Thursday, April 16, 2009

BATU API

Salam...

Kuda Tua said...

Artikel 10

SARANGGENG

Terpanggillah ana untuk merangsang sahabat handai yg masih suam dgn agenda BB50 kita ini. Ana memilih tajuk ini sebab baru2 ini ana telah mendapat jemputan utk "join" SARANGUANG.
Bukan lah tujuan ana utk berbicara tentang saranguang. Dah masuk atau belum? Kalau dah masuk, berapa banyak untung yg diraih? Kalau masih belum, persoalannya, bila lagi? Dan kalau tak berminat memasuki, persoalannya, Kenapa? Bukan niat ana menulis tajuk Saranguang.
Tapi ana tersa teringin utk menggeletek @ menyakat @ menyucuk kwn2 agar melatah sedikit kpd 1 cadangan yg ingin ana utarakan. Berasaskan sistem Multi-Level Marketing (MLM), apalah kiranya kita menyediakan 1 insentif kpd kwn2 yg aktif mempromosikan BB50.
Tujuan cadangan ini ialah utk kita terus menarik lagi bro/sis yg masih belum pernah "join" aktiviti kita lagi. Dengan sendirinya akan bertambahlah jumlah kaum kerabat kita.
Contohnya gini :-
1- Jika ana dapat membawa 3 orang bro/sis baru, maka ana pun terkecualilah dari yuran sendiri.
2- Jika Dz dpt bawa 1 orang Cikgu, pun dikecalikan dari dikenakan yuran.
Dan sebangainya lah.
Ana sekadar melontar idea. Mungkin Dz, AJK dan penaja boleh memikirkan cara dan pendekatan utk menjayakan idea ini. Itu pun kalau ianya didapati bernas. Jika tidak, humban sajalah idea ini kemana2 pun.

Good Idea tu..hahaha siap ada sistem MLM lagi untuk menjayakan majlis kita nie. Tapi aku rasa tak perlu lah kita sampai ke tahap tu, Takut terlampau ramai yg bawak mai, duit kita nak buat majlis pulak tak cukup. Tapi, ini adalah satu saranan yang baik. Lebih baik lagi kalau kita terus saja kutip 150..hahahaha..
Batu Api, Firestone dan sebagainya lah adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan sekiranya dia digunakan dalam konteks kawan2 yang amat mengetahui perangai antara satu sama lain. Jangan dok berbatu api di belakang sudah lah.. Nampak gaya TAL18 dok boh api kat Madud pasai tali pinggang. Dalam pada tu jugak Madud dok boh api kat aku pasai Koden dok suruh buat macam2.. "Aiman tak kisah..."

Seronok sungguh la perangai buddak2 yang nak mencecah separuh abad ni. Aku kata budak2 sebab kat sini je kita boleh buat perangai budak2 kita tu..kalau diluaq, depa kata gila la kita nie.

WASSALAM

Wednesday, April 15, 2009

SALAM JIT

" Salam. Mungkin mesej ini boleh disampaikan kepada kawan-kawan kita. Terima kasih pada semua kawan dan kenalan yang tak henti-henti ucapkan takziah pada saya. Sama2 kita terus doakan agar roh arwah bapa saya dicucuri rahmat. Terima kasih untuk Dz, TAL18 dan Hamsan yang dapat mai kekampong. Sesungguhnya mereka mewakili semua kawan dan kenalan. Bagi kita yang tinggal ini teruskanlah amal untuk bekalan. Terima kasih."

SMS diatas aku terima dari Jit pada jam 06:42:38pm. Masa tu masih kat PFK, baru la nie aku dapat postkan.

Aku jugak dapat call dari Fazie selepas aku terima SMS diatas. Depa pun dok kira nak pi melawat kut. Dengaq kata depa berdua. Mungkin depa pi malam kut..

WASSALAM

Tuesday, April 14, 2009

JENAZAH

Salam..

Baru balik dari menziarah jenazah Hj Md Nor Ahmad, ayahanda kepada Aziz Md Nor, di Bukit Tinggi Kepala Batas.

Aku date ngan TAL18 kat kedai nasi lemak Datuk Hashim depan Mesjid Kepala Batas. Lepas kena nasik lemak kami pun terus kerumah Jit. Sesampai disana, Hamsan pun baru nak turun dari keta dia. Jumpa ngan Jit, pastu depa pun dah sibuk nak mandikan jenazah.

Jumpa gak ngan Cikgu Jaafar. Dia ni kan selalu dok jaga masa kat Pavillion dulu, tunggu nak berator ke kelas..Masa Form 1 & 2 dulu lah. Dia kan cengeh juga dolu. La nie dia nampak steady lagi...

WASSALAM

Monday, April 13, 2009

Al Fatihah

Salam semua...

05:25:22pm aku dapat msg berbunyi begini " Salam. Dimaklumkan bapa saya Hj Md Nor b. Ahmad tlh kembali ke rahmatullah jam 4:45 ptg td. Al Fatihah. Aziz KDN Putrajaya."

SMS ni aku terima dari Kamal, terus call dia to confirm dan pas tu call Jit. Ucap takziah, dia pun dok kelam kabut nak ambik anak2 dia, pas tu baru balik ke Kepala Batas. Katanya, depa 3 beradik ada kat KL la nie dan akan balik sat lagi, so tentatively upacara pengebumian dijangka akan dijalankan esok pagi jam 10. Katanyalah..So kawan2 sebelah sana boleh lah ziarah, insyaallah aku akan sampai pagi esok kalau tak dak aral melintang. Aku dapat tau dari Jit, Aruah berumur 85 tahun. Aku pun berbunyi lah kata oi, sama ngan Mahathir lah tu..Dia jawab , ha, mungkin lepas ni dia pulak kut. Anyway..TAKZIAH Jit n famili. Al Fatihah...

Jit boleh dihubungi melalui 019 228 6675.

WASSALAM

Saturday, April 11, 2009

THINK THINK THINK

Salam...

Aku sebenaqnya tak kisah lah kalu hangpa nak buat di Kedah pung. Memang lanie aku kat Gurun pung. Kemungkinan besaq, sampai hujung May atau awai Jun. Seeloknya, adalah kawan2 yang tawar diri ka, kalu tak reti nak masuk komen calling2 ka, boleh kita dok bincang. Tapi nampak gaya cam suam je..Jangan sampai sejuk dah lah.

So, amacam..adakah sesiapa yang nak menawar diri untuk bertungkus lumus tanpa bayaran, tanpa keuntungan tetapi mendapat kepuasan walaupun akan ada sora2 yang dak puas hati lepas tu. Tapi biaq pi kat depa lah kan..Janji kita deliver..sudah.

Cadangan yang baik, apa salahnya. Yang ghumbu, pun kita tengok gak, walaupun dalam hati menyumpah seranah, tetapi tetap senyum..mungkin ekoq pari je yang berkata kata..

Madud pun dah teruja ngan kisah kat Pendang. Aku rasa kalau jadi kat Pendang, dalam 3hb Jun tu, Madud dah boleh start kayuh basikal pelan pelan dah. 5hb mesti sampai kan? Kalau tak tertungging mana2 lah..Jangan marah bro..Just a suggestion..Best part is you can't delete it..Hahahaha..

Jangan lupa no, aku ada disini dan hampa boleh lah "lipon" aku kalau tetiba idea sampai ka, atau teringin nak beramal jariah ka..

WASSALAM..

ps: Patah balik kat aku nampaknya, Koden! Hang cekapp..