TQ Mazlee for the date..
Ini ada satu cerita yang aku rasa elok semua org tengok dan baca...Cuma masaalahnya, aku sendiri pung tak kenai dia ni. Sekurang2 nya aku kenai gak Kuda Tua tu...
SALAM semua sahabat handai, rakan n taulan.
Nampaknya banyak cerita 'menarik' dan komen sepanjang dua tiga minggu ini. Banyak perkataan HALAL n HARAM....penyangak pun ada!!!
Bila terpampang tarikh dilahirkan, rupanya kita dah setengah abad...umur tu melambangkan apa? Banyak....
1st, usia belum akal baligh @ budak-budak, 2nd dah cukup MATANG, and 3rd cukup TUA.
Aku bukan hendak nasihat tapi renungkan bersama. Perbuatan kita pada usia MATANG dan TUA adalah terpenting.
Pada usia matang kita buat sesuatu dengan niat, hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu.
Pada usia cukup TUA, salah cakap, salah cerita atau tersalah cerita yang bukan-bukan, kita boleh dianggap sebagai BAGHAL, DANGKAL, BODOH atau lembut sikit....orang tu akai pendek, tak berilmu. Mungkin juga ada motif. Sapa tau.
Aku tidaklah pandai, semuanya halfway, tak sempat habis. Ngaji pondok pun tak habis. Kira masuk kategori "D" dekat F lah tuu. Nak cerita pasai BMW, Merc, sorilah...takleh aku.
Cuma aku ingin berkongsi sikit mengenai cerita ini (tidak ada tokoh tambah, the only truth).
a) Di dalam kitab Futuhat Makiah karangan Ibnu Arabi (kitab asli), beliau menceritakan tentang seorang Arab pada zaman jahiliah yang mencabar tuhan (Allah SWT).
Diceritakan pada satu hari dia naik ke atas satu batu besar dan menghunus pedang mencabar Allah berlawan. Masa berlalu, akhirnya dia bertukar menjadi seorang alim bertaraf wali Allah.
b) Sekali aku ziarah seorang alim (ramai menyatakan dia bertaraf wali kerana ilmu dan amalan dia). Aku setuju sebab terbukti. Setakat berilmu, amalan tidak seberapa belum boleh capai taraf itu.
Pada satu hari, seorang jemput dia pi rumah untuk rai kenduri.
Bila saja makanan masuk dalam mulut (setakat dalam mulut sahaja), langsung dia tutup mulut dengan tangan mengeluarkan makanan itu seolah-olah terlekat dengan gigi palsu dan tidak boleh makan.
Kerana menghormati tuanrumah dia makan (setakat dalam mulut) walaupun tahu makanan itu dari sumber HARAM. Oleh sebab tiada pilihan dia terpaksa berbuat begitu supaya tuanrumah tidak malu. Begitulah tingginya pekerti orang alim yang berilmu.
Meminjam kata-kata moderator, JANGAN SAMPAI ADA YANG TERSENTAK.
Jangan hipokritt!!!
Koden selalu kata 'pikiaq sendiri.'
Dosa dengan Allah, kita boleh taubat dan pohon keampunanNya, dosa sesama manusia selagi dia tidak maaf, dia tidak redza, tanggunglah sampai akhirat. Di dunia nampak hebat!!!
Cerita mengenai penderitaan rakan kita e.g. Omar Saipudin dan yang sepatutunya diumumkan, eloklah dipublishkan.
Tak salah juga bercerita mengenai harta yang melimpah ruah, dan lebih baik jika sanggup berkongsi, membantu sahabat handai, rakan-taulan yang memerlukan.
Tersalah, silap, aku mohon maaf.
Wallahhualam.
Wassalam.


Artikel 2
LAGENDA JITRA
Ana merasakan sedikit kecewa dengan sahabat2 sekelian yg tidak menerima pelawaan Dz untuk menyumbang artikel untuk darah59 ini, Apatah lagi penyumbang komen yg begitu lantang. Pandai memberi idea tajuk yg harus diutarakan tapi hakikatnya beliau sendiri terus tidak menyumbang dan dipersoalkan kewujudannya oleh rakan2.
Atas semangat TERUS MENYOKONG perjuangan Dz, ana terasa ingin bertanya samada anda semua menyedari yg Jitra telah menghasilkan banyak lagenda dalam bidang masing2.
Jitra telah menghasilkan ramai tokoh2 yg ana amat bangga dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran Awam, Koperat, Sukan dan politik.
Tak kurang juga yg akan terus di ingati sebagai penyangak besar. Ana tidak berhajat untuk menulis tentang tokoh2 yg dibanggakan atau pun yg dicercakan tetapi mengutarakan lagenda jalanan Jitra masa zaman persekolahan serta remaja kita dahulu.
Ana lebih berminat untuk mengimbau kembali ingatan kita kepada seniman2 jalanan Jitra yg pernah mewarnai dan mendenyutkan nadi Jitra.
Adakah sahabat2 sekelian sudah lupa kepada En Gila? Bisu Stesyen Teksi? Ah Teik? Darai Malau? Meh Tunjang? (Adakah lagi nama2 lagenda jalanan yang ana miss?)
Dak Bangau pasti mempunyai banyak cerita untuk berkongsi dalam tajuk ini. Ana rasa Dz pun mempunyai cerita2 nostalgia tentang lagenda2 ni. Ana yakin Dz mempunyai cerita tentang Meh Tunjang kot.
Ana difahamkan Mazlee pun sering mengintai darah59. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mazlee membuka sedikit cerita Ah Teik pula.
Ana kurang minat dengan tajuk2 nak cerita kekayaan duniawi yg bertanah banyak, berduit banyak, berkereta accord, berkonsesi balak dan sebagainya. Kalau udah kaya, bersyukur lah kepada ALLAH s.t. dan berdoa lah supaya terus mengurniakan kepada kita rezeki yang HALAL!
Adalah menjadi harapan ana, artikel ini mendapat pelbagai komen. Tak kira lah positif atau negatif. Apa yg penting ialah interaksi sesama kita dan tegur-menegur demi kebaikan bersama.