Friday, February 27, 2009

MINYAK ANGIN..

Salam...

Masih tak dak orang yg hantaq artikel ka apa ka...Mungkin tengah dok karang kut..anyway aku teringin nak kongsi ngan hampa email yang aku dapat ni..Aku rasa mungkin satu pengalaman yg berguna unuk kita semua...

Bahaya Minyak Angin! Parents Please Read!

Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.

17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.

Keputusan pemeriksaan :

Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman.

Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat.

Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.

AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.

Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa.

Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya.

Terima kasih

Basri Abdullah
Warehouse Coordinator
Expeditors ( Malaysia ), Penang .
Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023
Email : basri.abdullah@ expeditors. com

Dear all,

I just got back from Lam Wah Ee after visiting Basri?s 5th child, Tarmizi who is just 3 years old. His condition has stabilised but he is still very much unconcious. He has wires and tubes all over his little body which was also jittering spasmodically. In case you would like to visit him, his room is No.207, located at 2nd floor ' s children ' s w a rd.

I was informed by the experts that they found traces of ' OIL ' in his urine & blood after performing various diagnostic measures. This OIL has damaged his internal organs such as the Liver (causing it to enlarge and caused breathing difficulty), entered into his cerebral structure and possibly damaging his kidney too , etc.

What I would like to share with you is the reason WHY??? What was the CAUSE???

All this happened when he was having high fever and his ' orang tua ' rubbed a lot of ' minyak angin ' on his stomach to prevent him from ' kena angin ' . I believe a lot of us have the tradisional understanding of doing so, including myself.

Well, you better STOP !!! The experts explained that this ?minyak angin? will be easily absorbed into our blood especially in children as their skins are tender and allows maximum penetration. Certain OILs contained harmful ingredients eg: methil silicilate and at high dosage, is a POISON to children and especially feotus.

The effect is worsen when we are sick and our liver has to work overtime to neutralise the toxins. The OIL may enter our blood when our liver fails to filter it. That?s when the problems start !!! It may not be sufficient to kill an adult but for children, the result could be fatal.

This is NOT a joke !!! You may not believe this entirely but if you do, it is good to share with your relatives and friends.

Thank you.


Untuk yg ada anak kecik atau cucu...

Thursday, February 26, 2009

TULIH JGN TAK TULIH...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
create animated gif

Gedebuk gedebak..dah nak habis Februari dah.. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Tahun ni tak berapa nak nampak cahaya yg terang benderang lagi..Masih dok nampak cam suam je..Letih jugak memikiorkan.

Tapi apa nak buat kan..Life has to go on. Kemelesetan dah terasa dimana mana. Banyak jugak projek2 yang dok negotiate tetiba je "put on hold". Belanja utk engineering design dah keluaq dah. Kena on hold pulak..Penat , penat..

Apa nak buat lagi nampak gaya kena tunggu ubat kuruskan badan dan cekangkan kulit yang akan keluar tak lama lagi dan kawan kita akan marketkan, setelah buat percubaan ke atas diri sendiri dan aku juga terbabit sebagai bahan kajian. Jangan jadi penyakit sudah lah kan...

Anyway, terjahan THWL nampaknya menaikkan semangat yang lain utk berinteraksi. Itu satu perkembangan yang sihat. Aku tau ramai jugak yg dok baca blog ni, kebanyakkan nya kawan2 lah. Aku juga berpendapat bahawa ramai jugak yang suka dok diam dan baca saja, tak mau nak menjampok dan bersembang. Pasai tu lah asyik dok tengok gang2 tu je yang masuk.

Aku rasa macam nak relax 2/3 hari dan nak bukakan ruang posting ni utk sesiapa saja yang rasa ada benda nak disampaikan, atau ada cerita yang nak dihebahkan atau apa apa sajalah. Caranya amat senang sekali...

1. Masuk dalam komen dan buatkan cerita apa2 pun. Aku akan pastekan ke laman utama sebagai satu posting yang baru. Tapi make sure/pastikan ada lah pengenalan diri.
ATAU
1. Hantar je kat email aku.. dzamriabdulrahman@gmail.com. Kalau rasa nak merahsiakan diri, nak guna nama pena ka, tapi kena kenalkan diri kat aku lah. Aku akan postkan ke laman utama cita hampa tu dan akan merahsiakan sekiranya penulis ingin merahsiakan diri..

So. amacam? Cuba lah..give it a try. Bukannya susah sangat. Tak dak sekatan tajuk dan sebagainya. Hentam saja bro. Tapi jaga2 lah sikit, jangan sampai ada orang sakit hati dah le.. Yang nak menentukan samada artikel tu lepas ke dak, adalah aku seorang saja..AMACAM?

WASSALAM..

Wednesday, February 25, 2009

TAK TAGHAM aaiihhh...

Assalamualaikum....Salam sejahtera..

Tiada langsung dendam atau "tagham"(mcm Labi sebut) bila aku buat posting yg lepas. Pasai aku tau yang masuk dan komen semuanya kawan2 belaka. Kawan dari kecik pulak tu! Kan!

Menulis dalam blog ni pun macam menyanyi jugak lah. Pitching kena betui, sebutan kena betui dan FEEL mesti ada baru lah sedap. Feel tu yg membuatkan message to sampai. Aku rasa THWL ni ada fetish sikit dalam diri dia atau pun dia ni sorang kawan yg baik dan nakai yg suka cucuk sana sini untuk menceriakan keadaan.

Walau bagaimanapun, dari jawapannya tu, aku tau dia tak marah dan dia memang sayang kita semua...Aku pun tak marah aaaiihh..Saja menghangatkan isu yang suam kuku. Hahahaa..

Bulan Februari nak habis dah..Tinggai 10 bulan lagi nak masuk 2010. Aku rasa kecewa pulak sebab tak dak tarikh lahir kawan2 semua, sebab tahun ni kebanyakkan dari kita menyambut the big "five-O", boleh jugak aku buat pengumuman atau ucapan "SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE 50"..

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu...Allah selamatkan kawan2 aku...Allah selamatkan kamu....

WASSALAM

Tuesday, February 24, 2009

KLU KAYA, MASUK NERAKA TAK RUGI...

Salam...

Tuan Hj Wan Leh nampak bersungguh dalam memberi pendapat. Pada aku lah kalau nak baca berkenaan agama, amalan untuk hari akhirat boleh layar di SINI. Kalau nak tahu cara camana nak cepat kaya boleh layar di SINI. Tetapi untuk menguatkan pendapat bahawa kalau hidup atas dunia kaya, dan mati masuk neraka tak rugi, tak tau lah aku nak cari alamat siber dimana. Yg sebenaqnya ada, tapi aku segan nak tunjuk arah.

"apala hampa ni,aku dok ikut juga blog kita ni tapi tak pernahlah aku komen apa2,tapi dok tengok dah naik majai,dok asyik hampa 3/4 ekok ni saja,tak orang lain ka ?atau depa pun naik majai macam aku juga.Cerita hampa ni pun tak dak satu faedah pun,coba la cerita amalan ka dah tua semua,atau cerita nak kaya ka,jadi hampa ni dok rugi saja hidup.Kalau kaya la esok masuk neraka pun tak rugi juga,ni pakat2 tak dak apa,rugi sajalah hampa hidup"

Utk pengetahuan THWL, masa aku mula2 buat blog, tak dak pun nawaitu aku untuk buat blog kisah amalan, kisah nak jadi kaya dan tak rugi masuk neraka dan jugak tak berniat langsung untuk nak hentam sesiapa dengan kata2 seperti ayat terakhir perenggan diatas. Buang saja titel Tuan Haji kalau rasa nak cakap teghejai macam tu. Kalau dah rasa blog ni "blog kita" macam ayat pertama perenggan atas tu, bersopan lah sikit bercakap. Kalau rasa majai ka, rimas ka, berjuta blog lain yang ada. Tapi dalam berjuta tu berapa yang hang boleh mengaku "blog kita"?

Blog ni dibuat semata2 untuk jadi laman kawan2 nak berinteraktif. So far, so good. Actually aku tak perlu layan pun THWL ni..Hj Bakhil ku...hahahahaha...Jangan pakailah nama tu lagi sebab aku rasa tulisan tu tak melambangkan nama tu. Tuan Hj Wan Leh yang sebenaq adalah seorang yang alim dan baik budi bahasanya..

WASSALAM..

Monday, February 23, 2009

DUDE..

Salam...

Untuk memba yang ada blog dan dok gah kata dia update ni, ramai jugak yang bertanya apa yg dia update? That shows ada interest dari kawan2 nak tengok your blog. So kalau setakat ciplak gambaq dari 59ers , tak jadilah. Tu pun aku tak marah sebab tak minta permisi untuk siarkan di blog muh...Sebijik2 pulak tu.. Ambik potong2 lah cikit. Jgn nampak sangat..hahaha..just joking. Jgn marah. Berkenaan video hang tu, hang park je lah kat tanah lapang mana2 supaya org boleh access senang dan pintu "gate" dia buka 24 jam. IMEEM pun boleh upload. Pas tu ambik code dan embed je lah..

Hang masih tak jawab kisah ekoq pari tu..Amacam? Nak ke tak nak? Dan untuk pengetahuan hang, mencuba untuk mencipta rekod dunia, Guinness Book Of World Records untuk duduk dalam cc dan chat selama sebulan bukan senang oi. Aku nampak potensi hang dalam bidang tu. So, aku ni macam promo lah hang. Bagi cadangan. Bukan kutuk. Bidang tu, aku rasa kawang lain dak leh buat, mu sorang je yang aku nampak ada harapan lah..

Non reporter kita nampak sibuk sekali. Lari sana terkejaq sana sini lah kut no, sibuk ngan sandiwara politik dengan para2 pelakon yang versatile sekali. Banyak scene sangat dah politik kita ni kan? Start dari kisah lompat katak sekoq, lompat lagi 3 ekoq, lompat balik pulak sekoq, Hang Jebat lawan, Hang Tuah di beri laksamana mai pulak Hang Li Po terlondeh kain..Mamak menteri pi bagi lembu kat jajahan lain, Sultan Murka...Alahai..macam2..Mesti best kan Non kan? Tu baru kisah di Perak dan Selangoq. Tempat lain tak tau pa lagi nak jadi..Non mesti tau punya..Tak nak share ngan kawang2 ka?

Sambung menyambung coli tu actually adalah breast cancer awareness programme. Walaupun dia berlangsung di Cyprus tetapi ia mendapat sokongan sedunia dan 114 ribu lebih baju kecik tu adalah hasil derma sedunia untuk menjayakan programme tu..Depa bukan buat saja2...

Sesiapa ladies atau pun men yg pi market ka weekend ni, klu nampak pari, tolong minta simpan ekoq dia.. Aku nak bagi kat Madud...

WASSALAM