Wednesday, December 31, 2008

PENDANG


Salam semua...

Hari tu aku dah pi Aloq Setaq..Sampai sana buat kerja sikit, pastu aku free sampai kul 1 lebih. Ada meeting kat Gurun pulak. Time tu about kul 11 lebih. Aku try kontek kengkawan..ada yang terus masuk msg, ada yg bercuti dsb. Last sekali aku dapat kontek Pak 'Ad.. So jumpa dia kat Jitra, kat kedai Mee Sup Ain tu lah. Yang dulu tapak setesen bas, sebelah post office.

Sampai kat sana, Pak 'Ad dah ada ngan anak kecik dia 2 orang. Dia makan mi sup..Paham je lah, gigi tak pakai hari tu..so kena cari yang lembut je lah. Aku kontek Lid Tok Pa ngan Zaini Cikgu Latif, depa pun keluaq mai jumpa dan kami bersembang je lah..Jumpa jugak dengan Chop, office boy SATS dulu. La ni dah somebody dah dia ni..Politikus kut...

Aku jugak melawat ke Pendang untuk tengok sendiri Pendang Lake Resort tu, cadangan utk famili day kita. Aku give thumbs up, sebab tempat tu cantik dan bersih. Very well kept. Memang pun banyak aktiviti yang boleh buat kat situ, kayakking, games and what not. Chalet semua mengadap ke Tasik. Ada jugak orang dok fishing kat situ. Actually lokasi dia sebelah bus stn Pendang je. And Pendang is so "moden" la nie..Tak boringlah kalau kita buat famili day kat situ. Once aku dapat quotation aku akan postkan ke blog. Aku suka tempat tu..

Monday, December 29, 2008

1430 H



OWN

Salam semua...

28/12...Pagi aku keluaq pi makan kat kedai depan rumah di SP. As usual lah akalau nak makan, aku kena beli paper dulu. Rasa tak lengkap breakfast kalau tak dak paper. Aku makan kat kedai yang famous ngan nasik lemaknya. Orang memang ramai tiap pagi kat situ. Selain nasik lemak yang bermacam2 lauk tu, ada gak nasik goreng, bihun , mee dan koay teow goreng serta kuih muih. Harga amat berpatutan. Bagi gang KL atau yang mai dari Paka T'ganu, kos makan disini memang lah murah gila...

Aku kena nasik goreng,pas tu tambah sambai ikan talang n teh tarik...Alhamdulillah..kenyang. Lepas baca paper, aku pun nak beredaq lah sebab orang semakin ramai dan seat dah berkurangan. Aku bangun dok line up nak bayaq pastu ternampak seseorang dok senyum kat aku...Jantan lah..aku pun perhati balik. Actually kat sini orang memang friendly dan selalu tersenyum berlainan sekali dengan tempat aku dok dulu.. Bila dia mai dekat baru perasan..OWN ngan famili dia mai nak makan lah tu... Salam dan dia kata dia memang rasa nak nampak aku hari ni, ESP lah tu...kan?

Aku pun kena pergi plant at that time dan terus belah le..OWN tak dan nak intro famili dia kat aku...Tak pa lah..lain kali maybe?

Thursday, December 25, 2008

TQ - Bro n Sis


Salam semua..

1st n foremost aku nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat kepada gang yang bagi feedback dlm last topik aku tu.

Aku kat Penang la ni. Krismas la katakan..Cuti ma..Yang peliknya sehari hari ni aku tak jamah nasik kandaq. Agaknya memang aku dah buang tabiat kut. Hahahaa..Tapi healthy gak kalau kurangkan sikit intake nasik ni..Aku sendiri ada feel la ni bila aku dok kurangkan intake nasik ni..Baru start 1 minggu..hope it will last..

Baru balik dari restoran Kapitan Keling, Chulia Street, the best tandoori chicken in Penang. Affordable and good. Ada lagi yang sedap seperti Kashmir Rest, bawah hotel Oriental tu..Memang best dan classy sikit tempat dia, siap ada live music kadang2..Jadi harga nya mahai lah kan...But memang sedap..

Aku pi Kapitan tadi tak makan, tapi pi minum "susu badam." Actually dia masak susu lembu dan masukkan badam, kacang, kismis dan ada lah 2/3 benda lagi dalam tu. Susu tu nampak kekuningan. 1 mug dia charge RM2.50. Amma..syok, filling dan aaauukkk..belahak. Alhamdulillah....

Anak aku, Zaqwan makan set Tandoori..memang dia punya favourite lah tu. Balik Penang je dia pun cam aku jugak, atoq kedai nak lahap..

Tengah dok sembang ngan anak aku tu aku realize ada satu family sebelah aku dok makan gak, dan head of the family tu macam aku kenai...Bukan kawan sekolah. Tapi dia ni selebriti jugak. YB Mahfuz..PAS punya strongman. Steady dia..aku suka dia cakap..

Aku ada terdengaq cerita ada satu nasik kandaq sebelah SP atau Gurun atau Guaq yang fofular sangat. Sedap sangat katanya. Ada sapa2 tau ka kat mana? Tolong bagi tau aku so tahat aku boleh pi try... Yang aku dengaq ada kedai yang jual nasi berlaukkan itik. Macam2 masakkan itik yang dia buat. Gulai , goreng dsb. Tu pun aku tak sempat nak try lagi sebab, banyak gang yang kat Petronas Fertilizer tu yang dok perabis cuti depa. Tak dan aku nak pi rasa lagi.Nak pi sorang makan tak cun lah. Tak leh order berjenis2 so that dapat rasa sorang sikit, kalu ramai lah..

Ok lah..pagi esok aku pi Gurun dari Penang dan lepas tu cuti panjang pulak kan...awal muharram lagi..3 hari tu..Alright...

WASSALAM

Wednesday, December 24, 2008

ASSALAMUALAIKUM

Salam semua...

Lama sungguh aku tak kerunaih benda allah ni sebab aku sibuk gila lah. Dan lagi aku punya broadband ni masaalah cikit. Hope everything will turn out fine now.

Last week aku balik dari KL ngan bapak aku dan anak saudara aku sorang. The drive was good. Jalan lengang dan tak banyak kerenah. Volume kereta kat jalan pun so so saja. Bertolak 4 lebih dan sampai Aloq Staq about 9:30pm. Hujan lebat gila bila sampai kat Juru dan it drag until Sg Petani..

After almost 50 years of age, I realize that I don't really know how to interact with my dad. Well anyway, dia pun jenih tak cakap banyak. Kami manage sembang sat sampai ke Slim River kut, pas tu was quiet all the way lah, except bunyi radio...Has got to do something about this... Communication ngan mak is easier rasa aku, pada aku lah... Hangpa ada rasa camtu dak? Atau aku sorang je camtu? Kasi lah feedback sikit.

Esok Krismas..Ada ke kawang2 kita yang celebrate? Mungkin yang Chinese tu banyak yang ada "English" name tu akan celebrate kut..Merry Christmas lah...



Hari tu aku sempat gak pi tengok Jazz Festival kat Penang. Hari Sabtu. Manage to catch a few acts. On the whole untuk malam tu aku rasa Adibah Noor lah yang aku paling suka..performance dia I mean. Lantang dan full of energy. Musician dia pun semuanya local dan muda2 belaka. Bila habis show, MC cakap sesiapa nak ambik autograph boleh jumpa Adibah kat one of the booths, maka ramailah yang terpa pi dan tinggalkan tempat duduk depa. Masa tu lah aku cari tempat yang best sikit. Apa nak buat festival camni bukan ada kerusi yang teratoq, dok atas rumput. Lepak gitu gitu je lah... Umoq dah masuk 50 ni, dok lama sikit je kira nak kebas sana sini. Jenoh dok belunjoq nak bagi hilang kebas.

Aku teruja bila aku dah duduk sat, 2 orang Mat Salleh, in their 20's kut, terkinja kinja mai dok belakang aku sebab member depa pun ada kt situ, dan tergedik2 serta dengan bangga nya dok cerita dia dapat jumpa Adibah dan dapat autograph dia serta dok cerita dapat salam dan cakap ngan Adibah.. Kira oklah tu kalau Mat Salleh boleh dok puji melayu...

Ada jugak band dari Hungary, nama Djabe, dia intro lagu dia semua dalam bahasa Melayu dan campoq2 lah ngan english yang broken gak. Steve Hackett, lead guitarist GENESIS dulu, main ngan depa ni gak.. Individual play depa dahsyat. Skill depa ama...

APU
APU..Asean Percussion Unit, band dari Malaysia...ramai depa ni, dan meriah sungguh kat stage. KUDOS to them...tapi aku tak tunggu sampai habis cos depa ni last band dan aku risau jam, jadi aku belah awai lah.