Friday, August 15, 2008

TERBANG....

Salam.....

Yeaaahh... Dapat jugak aku satu seat dalam flight kul 9:20 dari Ganu. Syukur ... Alhamdulillah. Ground staff Air Asia kat Terengganu tu, yang jantannya lah, dah kenai aku sebab tiap minggu aku jumpak depa la nie.

Memang pun flight tu penoh. Jadi aku pun beratoq cepat2 kat boarding tu sebab hampa tau lah kan, depa ni free seating. Paling aku tak suka ialah seat yang kat tengah tu. Aduss..rimas gila, jadi untuk mengelak dari terjadi seat tengah maka aku pun beratoq lah cepat. Selalunya aku relax je, tak mau beratoq, sebab selalu ada saja seat yg kosong sebelah belakang. Aku dok seat tepi tingkap. Nampak Petronas Twin Tower dari atas , bercahaya pulak tu, cantik permandangan dia.

Aku sampai 10:20pm. Putera sulong aku siap menunggu. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam, berhenti kat Taipan, kena nasi kandaq Makbul. Ingat nak panggil Koden, tapi dah lewat dah. Dia pagi2 dah nak kerja. Tak mau kacau lah.

Anak aku nak balik Penang esok pagi. Flight kul 6:55am. Kat Subang. Tugas aku lah pulak nak kena pi hantaq dia esok pagi. Jadi aku ingat nak relax dan tidoq sat. Lepas hantaq dia, aku sambung balik tidoq aku...hahahaha.

WASSALAM gang.

P/S : Mazlee...Barang2 kaca Madud tu hang simpan sat lah. Aku tak dan nak ambik dari hang lagi sebab balik Penang hari tu pun, tergedik sangat. Tak dan nak buat apa. Nasi kandaq pun tak dan rasa. Ok gang?....

Thursday, August 14, 2008

RIMAS

Zurina says....

ok sape2 nk no farizat ni die 0195488375.na tel 2 kali x angkt tpi die ada msg na.bonsai sape tu cute btl la.ajrla camna nk buat bonsai.

August 14, 2008 3:13 PM

Tima kacih banyak Zurina. Hope ada yang akan kontek2 dia dan maybe boleh jumpa the next time kita bertemu.

Berkenaan BONSAI ni, aku tak tau buat lah Zurina oi. Mungkin ada sape2 yang cekap dan boleh share ngan kita semua cara2 nak buat benda ni. Nampak macam kita dok kena kerunaih dia tiap2 hari supaya dia bantut dan tak besaq. Ciri utama yang kita mau adalah supaya dia nampak tua, tapi dalam miniature form. Kan? Manalah tau ada orang yang nak atau suka kat pokok pukui lima, tapi tak dak kawasan untuk tanam, maka inilah solution yang paling best kut!!! Aku hentam saja ni. Bukan tau apa benda pasai pokok langsung. Tapi kalau hampa ada yang interested aku bagi satu link hampa pi tengok sendiri camana dia tanam pokok BONSAI. Hampa klik kat SINI.

Aku la nie ada kat Airport Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Pi je kat kaunter Air Asia, depa siap bagi tau aku dah penoh. Suruh aku tunggu sampai kul 8 nanti. Possibly ada tempat kosong. Nampak gaya kalau tak dak tempat, aku patah balik ke Paka je lah. Apa nak buat kan..Uhuk..sedih.

Mungkin pasai hari ni last day sekolah kat sini, makanya ramai yang berterbangan balik kampung. Harap2 ada lah sesiapa yang tak jadi balik KL, barulah ada chance aku naik. Rimas betui lah camni...

WASSALAM

BONSAI


Salam semua,

Amboi lama sungguh aku rasa aku tak bercerita ngan hampa semua. Sibuk sangat la nie. Dok kira nak balik ke KL dah la nie. Cuma dok sibuk pasai documentation projek la nie. Barang2 dah dok bawa balik sikit2 dah. Bulan posa aku kat Shah Alam insyaallah.

Pakat daim habih kawan2 selepas kita buat perhimpunan hari tu. Pasai apa agaknya? Dah tak dak benda nak bercerita ke?

Aku sebenaqnya hari tu ada lah dok buat crita pasai "BONSAI", tapi nampak gaya broadband aku tak mau terima cerita tu, langsung tak leh nak post. Aku pun heran. Pas tu, hari tu balik Shah Alam aku dah tinggai charger lap top aku kat rumah. La nie kelam kabut lah sikit. Kena pinjam org punya baru boleh cag.

Anyway, hari ni Khamis 14hb. aku kena balik Shah Alam jugak lah. Mak aku nak mai melawat adik aku, jadi aku di arah untuk hadirkan diri sebab aku pun dah lama dak jumpa mak aku..

Bali kisah bonsai ni, sebenaqnya hari tu aku dok sembang ngan member aku ni pasai ada satu projek kebajikan yang kami nak buat bulan posa ni. Nama memba aku ni kalau di terjemah ke dalam bahasa Malaysia baku, bermaksud "KUDA TUA". Bahasa asal katanya berasal dari Kelantan, tapi kemungkinan besar, bahasa Selatan Thai kut.. Tak tau lah aku, tapi cerita sebenaqnya bukan pasai dia, tapi pasai BONSAI.

Lepas sembang pi mai2, dah dapat keputusan apa semua, camana nak bagi sedekah dan camana nak buat aturcara, kami pun sembang merapu lah. Terkeluaq lah pasai umoq. Kebanyakkan kita ni dah dok penghujung 40an. Nak masuk 50. Bila mai umoq camni, banyak perubahan yang kita nampak dan rasa.

Yang kita nampak+rasa :
1. Duduk bersila ke apa ka, lama sikit dah kira nak kebas kaki.
2. Bila nak bangun dah rasa cam lutut kurang lubrication.
3. Perut, kira nak ke depan saja.
4. Rambut, kalau tak beruban= berkurangan.
5. Penglihatan..Macam2 jenis kaca lah nak kena boh depan mata.
6. Tenaga = Kurang. Apa saja lah. Tak leh cam dulu lagi.
7. Keinginan = Banyak, tapi tak leh nak capai. Tak dan dah...
8. Kecik hati = Sensitif bila dah mai berumoq ni..
9. Daya ingatan. Kurang banyak. Sat2 lupa.

Itulah hakikatnya. Aku rasa banyak lagi, tapi cukuplah takat tu. Kuda Tua memba aku ni pun ada sebut pasai salah seorang common friend kami yang kecik molek. Dari dulu dia kecik. Sampai tua ni pun dia dok kecik camtu lagi. Selalunya yang kecik molek ni susah lah nampak tua sebab depa cute kata ku. Tapi memba aku ni siap kata yang kecik tu dah jadi endangered species sekarang dan boleh dimasukkan dalam National Geographic, sebab la ni tak ramai dah yang kecik2. Tapi, benda yang kecik ni la nie dah jadi mahai, camana BONSAI gak. Bukan senang nak nurture dia. Kami pun bergelak lah sesama sendiri pasai memba aku dah panggil gang yang kecik molek ni BONSAI.

Aku teringat kat JIT. Kecik badan saja dia ni, tapi pangkat besau.

Cerita diatas ni tak dak kaitan ngan yang hidup atau pun yang dah meninggal.

WASSALAM

PS: Zurina kata dia dah ada no telepon Farizat...Tak nak share ke dgn kami semua. Mungkin ada yang teringin nak bersembang dan bertanya khabar...

Thursday, August 7, 2008

POSA DEKAT DAH...



Salam...

Bila aku masukkan topik Raya kat forum tu adalah supaya kita semua boleh lah nak sembang pasai Raya yang akan datang. Tak lama dah. Hujung bulan ni dah posa. Pas tu Raya. 2 bulan?

Lagi satu sebab kerana kemungkinan besaq raya nanti ada saja org yang nak buat open house ke apa ke. Boleh lah kita bincang sama2. Fazillah dah beri pendapat yang dia mungkin nak buat kat rumah dia untuk kawang2 semua. Jadi Jit, tak salah lah kalau aku ajak hampa bincang pasai Raya.

Macam kawan kita sorang tu, dia kata tahun ni giliaq raya kat Jitra, jadi dia tengah teruja nak balik Jitra tu. Tapi jgn terkejut kalau that decision is being overruled by higher authority. Pasai 2 tahun sudah pun camtu gak aku dengaq, tapi last2 minit ada MAJOR decision lain pulak. Well itulah kehidupan ni kan?

Bila mai raya ni, tau sajalah kita terpaksa give and take banyak dalam apa jua sekali pun. Ada org yang dah start shopping sebab depa tak suka buat shopping bulan puasa.

Masaalah aku bulan posa ni ialah makanan. Terlalu banyak yang di hidangkan kat bazaar ramadan. Semua nya sedap, semua nya mengiurkan.

Tuesday, August 5, 2008

CENDERAHATI

Ini lah rupa cenderahati yang diberikan kepada semua yang hadir pada hari tu dan jugak kita minta semua yang hadir pada hari tu untuk menukar keychain lama kepada yang baru.

K/chain ni bertatahkan 22biji berlian di sekeliling. Mahai gila...Tapi aku sedih sikit sebab salah satu berlian aku dah hilang. Aku terpaksa habiskan masa lebih kurang 25min untuk ambik shot diatas supaya kehilangan berlian tu tak nampak sangat. This is the best angle lah.

Hahahaha..Zarina kata Goot Yee ada kat PTPTN KL... Koden silalah buat 007 hang tu dan terkam. Jit pun lagi dahsyat klu kerja sepai menyepai ni.

Wassalam