Thursday, July 24, 2008

SABTU 26/7/2008

Salam,

Hari ni dah khamis, esok Jumaat, pastu yak yak yay...Kita bersemuka di Kelab Golf Darulaman Jitra. Memang teruja sangat dengan nama2 yang akan hadir. Dah lama sungguh tak jumpa. Tapi kadang2 bila terlalu lama sangat tak jumpa ni, kita tak tau nak kata apa. Tanya tu sikit sebanyak, pastu tak dak topik dah. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara tu terjadi, kiat pikiaq dari la nie lah apa yang nak ditanya pada kawang kawang kita.

Hahaha..tu satu cadangan saja. Cadangan yang mungkin gak okay, mungkin gak merapu.

Kita harap sangatlah sekiranya perjumpaan ini tidak menjadi gelanggang politik. Setakat nak bersembang pasai politik ok, jangan dok kempen sudah lah. Bila berkempen ni takut ada yang masam muka. Kita dah la lama tak jumpa, biaq majlis ni jadi sesuatu yang mengingatkan kita akan zaman muda2 dulu, zaman budak2 dulu, zaman nakal dulu...zaman dok bercinta dulu??

Tuesday, July 22, 2008

1974

Salam,

Semalam dapat sms dari Kamal yang forward kan nama2 budak SMJ yang nak join lagi. Depa ni aku kenai sebab satu klas ngan aku masa Form 3 dulu.

Fullback klas aku dulu pun ada. Nama dia selalu jugak kami dok sebut, sebab ada orang kata dia dah jadi cikgu dan sebagainya lah. Well, nampak gaya depa ingin hadir dan aku syukur lah dapat berjumpa sekali lagi setelah sekian lama. Last sekali tahun 74 kut...Adusss...lama tu.

Teruja, excited...you name it lah. Aku dah tak sabaq nak pi Jitra nih...

Sunday, July 20, 2008

CIKGU CIKGU

Salam semua,

10:45 mlm aku dapat call daripada Fadzillah bagi tau tentang kehadiran Cikgu lama kita. Jadi nama nama depa aku ada boh kat sebelah. Sakan jugak kehadiran nampak gaya. Kalau semua mai lah.

Mat Lazim pun ada call aku petang tadi, banyak bercerita pasai perjumpaan nilah..apa lagi. Well nampak gaya semua sedang lancar dan doa doalah agar semua ikut perancangan. Insyaallah...

SPAIN

TERUJA

Salam semua,

Nampak gaya hasil usaha Kamal yang gigih, kita dah pun confirm majlis kita serta pembayaran deposit. Wang kutipan kita masih lagi berkurangan.Apa nak buat, nampak gaya culture kita dah macam tu. Sad to say, but we have to admit lah.

Walau camana sekali pun, kita harap harap perhimpunan ni akan berjaya dan kita semua dapat berjumpa setelah sekian lama tak bersembang ngan hampa semua, teruja sungguh aku nak balik Jitra. Dah tak sabaq rasanya. 6 hari saja lagi.

Aku ada jugak nak buat jualan barangan kaca yang dihasilkan oleh kawan kita jugak, dan hasil jualan tu kita nanti derma kan kepada dia. Memang dia amat memerlukan. Aku harap hampa bawa duit lebih sikit dan kita saling membantu sahabat kita yang sorang ni.

Seperti yang di war warkan, diharap semua yang telah setuju hadir tu, hadirlah. Kita memang buat booking ikut yang mana telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Jadi supaya tidak membazirkan wang serta makanan, hadirlah beramai ramai untuk memeriahkan lagi majlis KITA ini. Jangan segan silu kalau nak bawak partner. Boleh jugak kita berkenalan.

TARIKH : 26 JULAI 2008(SABTU)
TEMPAT : KELAB GOLF DARULAMAN, JITRA
JAM : 2.00PTG
PAKAIAN : BEBAS
RM35/= SEORANG