Wednesday, May 14, 2008

MURID MURID SEKELIAN

Assalamualaikum Sobat Sobat sekelian...

Oleh kerana ramai sangat yang dok tak berapa boleh nak masuk forum, maka disini aku cubalah buat setakat kemampuan aku, utk hampa semua ikut. Kalau tak leh jugak lagi, aku rasa memang benak lah hampa ni dengan IT...Hahahaha. Jgn mare...

Murid murid sekelian...dengar sini dan ikut apa yang cikgu nak ajar...Kalau rasa gambar skrin tu kecik dan tak nampak, double click kat gambaq skrin tu dia nanti jadi besaq.

1. Apabila murid murid semua masuk blog darah59, ...Klik pada Forum Perdana Majlis Perhimpunan 59ers + SMJians July 2008 yang terletak di sebelah atas kanan skrin.

2. Apabila dah klik murid murid akan dapat melihat skrin ini
Ikut seperti arahan yang bertulisan merah.

EasyCapture2A.JPG

3. Teruskan lagi dan murid murid akan berjumpa skrin sebegini.....

4. Boleh faham murid murid?...Bagus...Lepas klik tempat diatas akan terjumpa pulak skrin ni...

5. Bagus murid murid, klik lagi dan jumpa pulak yg ini....

EasyCapture5A.JPG
6.
Kalau dah boleh ikut sampai sini maka TAHNIAH...murid murid sekelian dah lulus dengan cemerlang. Maka boleh lah murid murid sekelian ambil bahagian dalam forum tersebut.

MAJLIS BULAN JULAI

Salam makhluk sekelian,

Aku baru kontek Ta, mula melalui SMS. Aku tanya dia apa dah jadi selepas aku suruh dia organise majlis tu, sebab dia tak habaq apa kat aku lasung lasung... Jawapan nya..."Aku setuju.Kmarin aku jumpa Kama ldan aku dh tanya kt Darulaman Rst. Pengurus tu nk cal aku balik ari ni"

Tu lah SMS dia. Aku cadangkan tarikh bulan Julai masa cuti sekolah aku kata kat dia, dia jawab balik dgn sombongnya, "Mana ada cuti sek bulan 7. Hg ank tak sek mana tau"..Maklumlah anak aku tak sekolah. Sedih aku.

Tarikh dia aku dah diskus ngan KOden dan aku masukkan dalam Forum. Nak tau, masuk forum.
Hahahaha.

PS..Ta bergelak ngan aku dalam fon. Aku seronok.

Tuesday, May 13, 2008

Al - Fatihah

Bismillahhirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Pagi ni, lebih kurang kul 9:15 aku menerima panggilan dari Kamal. Pada aku Kamal ni kalau tak dak pasai dia susah sikit nak call. Jadi aku memang expect the worse lah dari dia.

First word dia lepas bagi salam adalah....Hang ingat Azizan Taib dak? Aku tau dah apa yang jadi. Yang sebenaqnya aku ingat2 lupa kat aruah ni. Tapi nama tu aku tak lupa. Rupa dia aku tak ingat.Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

Hari Sabtu yang lalu, aku terima satu panggilan yang keluar private nombor. Call macam ni kadang kadang suspen nak jawab. Anyway bila aku jawab, Dess rupanya. Bini Luyen. Dia satu family on the way ke Ganu bersama sama ngan convoy gang2 UNITAR. Tau sajalah, Luyen kan dok buat projek kat sana.Nak jumpa aku on the way back nanti.

Petang tu depa stop by lah kat PAKA. We had a drink kat WAHABA KOPITIAM and depa belah sebab convoy depa tu dah terus ke Cherating untuk spent the night kat sana malam tu. Mulanya Din ngan Dess ingat nak gi K-ok malam tu kat Cerating, tetapi bila tengok gang UNITAR bawak mak pak depa semua, terus tak jadilah.

Hasaza sms aku semalam tanya camana nak masuk forum dan selepas aku sms balik ngan panjang lebaqnya, dia sms aku kata "dah masuk dah". Aku tanya balik.."Betui ke ni?"......"Kalau tak caya, bukalah tengok."
Lepas tu dengan angkuhnya dia kata..."Biasa lah kalau kapal terbang kita boleh repair ni setakat nak masuk forum, kacang, hahahaha", walau pun sebelum tu dia kata begini...."Saya baca tapi nak komen atau menjampuk macamana, nak clik tang mana,boleh panduan sikit"

Anyway...pheee weeet...to HASAZA.



Sunday, May 11, 2008

HARI IBU

Well well well...Koden has already got Nombor Cikgu yang paling cengeh dalam SATS masa tahun 70an.

Aku terima sebuah email daripada En Aziz Md Nor. Aku nak share gak ngan gang semua..Tapi aku rasa lebih baik aku masukkan kedalam forum tu kerana apa yang diperkatakan oleh Jit is open to discussion. Cos, definitely aku tak leh nak buat decision sorang diri. Kalau hampa dah rasa ok dan reti nak masuk komen dalam forum silakan lah. Kalau sekiranya masih was was, tanya lah aku. Tak reti reti lagi ka?

Aku ada sms TA tanya habaq dia dan inilah jawapan dia.

"Aku, alhamdulillah sihat. TQ tambah gemok, hg tengok tak teringin. Aku la ssh hati tp mkn lalu"

Lega jugak dengaq dia camtu. Recoveringlah tu.

Lupa nak ucap SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu di dunia ni.

Masa kita kecik kecik dulu, mana ada hari ibulah, bapalah, toklah, neneklah dan apa kejadah lagi. La nie semua dah terlampau commercialise. Bila ada hari ibu, ada sajalah Hotel hotel buat promotion itu dan ini. The best thing is banyak yang boleh terima kenyataan ni dan sambut dengan meriahnya. Perhabis duit dengan banyaknya.

Hari Ibu ni bukan tak dak baiknya, ada. Dia membuatkan kita mengingati jasa jasa ibu kita selama ni. Dia membuatkan kita sedar akan pengorbanan ibu kita. Dia menyedarkan kita bahawa ibu kita tak pernah minta a single terima kaseh pun dari kita bila dia bela kita dari kecik, menyusukan kita, jaga kita bila sakit dan pukui kita bila kita nakal. Kita take it for granted all this while. Tapi bila kita dah jadi ibu, barulah kita tau apa pengorbanan ibu tu yang sebenarnya. Apa yang ibu kita buat is basically out of sheer love. Nothing else. Thats how I feel with my kids. I dont have to wait for Fathers Day to feel it.

Anyway, masa ni lah towkay bunga buat duit. Macam Valentines Day jugaklah. Masa nilah hotel hotel sembelih untuk buffet. Tapi apa salahnya kalau setahun sekali. Tapi jugak apa salahnya kalau kita balik jumpa mak kita dan masak untuk depa dan sebagainya. Lebih feel camtu.

Kepada yang masih ada ibu dan bapa, treasure them. Kalau depa nyanyok pun, jagalah depa. Jangan sekali kali dok hantaq pi rumah orang tua tua. Kesian depa. Kalau teroaksa hantaq apa boleh buat, tapi make sure u visit them always.

Kepada yang yatim piatu sekarang ni, well this is the time to cherish all the good times that u had with ur mom n dad. Hadiah lah doa kat depa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.

AMIN


Saturday, May 10, 2008

SCENARIO

Oi gang,

Definitely minggu depan aku dah siap totally kerja kerja aku. System aku pun dah stable dah. Boleh la balik lepas handover.

Ala.. aku bukan nya merajuk. Sajalah, sebab aku tengok hampa semua tak respon pun maka aku katalah. Mungkin hampa semua sibuk ngan kerja dan tugas masing masing. Tak kisah.

What has happen tu Gah? Long time no hear from her. Koden should know. Dia sihat lah I suppose. Ta punya cerita pun aku dah lama tak dengaq habaq. Dia pun aku harap sihat walafiat dan able to carry on as usual. Aku baru sms dia tak sat, tapi belum berjawab.

Aku teringin sangat nak jemput cikgu2 kita sekiranya gathering kita ni menjadidan tentu sekali akan mengembalikan kenangan kenangan lalu.... Tapi tak tau nak kata lah...sebab no moves has been made yet in order to realise the scenario. Hope we can work towards it soon...