Saturday, May 10, 2008

Mc E

Assalamualaikum....

Mc E .... No talipon Mr. Inon mana?

Teruih diam saja. Sampai hati hang....

Sunday, May 4, 2008

SEJUK

Salam gang,

Macam P.Ramlee katalah, tunggu punya tunggu bulan tak kunjung tiba.
Apa nak buat, semua orang sibuk. Semua orang ada komitmen tersendiri. Aku paham dan aku terima dengan senang hati. Cuma bila ada kawan2 kata tiap kali dia masuk jengok, tak dak perubahan jadi aku rasa tersinggung lah sikit. Hehehee. Orang tua tua ni cepat jauh hati.

Walau camanapun aku rasa aku tak boleh lah nak buat benda ni sorang sorang dan aku memang memerlukan 4/5 pasang tangan lagi untuk tanggung tugas ni. Aku mula cadang nak lantik sendiri secara authocratic tapi memandangkan respon yang amat sejuk, maka tak jadilah aku.

Oklah, bila bila hampa rasa sesuai untuk nak muzakkarah, tinkle je lah...

Tuesday, April 29, 2008

FORUM

Wo gang,
Assalamualaikum,

Untuk yang ingin join forum yang aku buat kat sebelah, beginilah caranya.

1. Klik link forum.
2. Kalau belum register sila register dulu dan masukkan username, email dan p/word.
3. Buka email untuk activate account.
4. Setelah activate baru boleh post reply.

Kalau yang mana dah terima email aku, hampa ikut je apa aku tulis dalam email tu. Kalau yang nak masuk participate dalam forum, macam Yan ka, Tat ka dan yang lain lain yang aku tak berapa familiar, hampa ikut lah step diatas.Insyaallah berjaya.

Kita berbincang dan sama sama kita cuba jayakan majlis ni...

Wassalam

Monday, April 28, 2008

Mc E says..

Assalamualaikum smua,

Dz, hang crita pasai Madud punya HP kena ragut dulu.. aku rasa sapa pun tak tgelak, rasa geram kat mangkuk ayun yg rampas hp madud tu, ada. tulah masyarakat kita tak kira org susah ka, asai ambik jln shortcut nak ambik org pnya benda ada..tsk..tsk.. tapi hang Dz, Jan Darus,Koden, etc. jiwa baik mau tolong org dlm kesusahan, aku salute bro! Lagi satu, kita ni trlalu sibuk ngan routine kita sdaq2 dah 2-3 bulan tak jumpa (bila lagi bro?), apa lagi nk tolong org. Routine rumah n kerja sndiri pun tak dan nak catch up. Mcm aku tak dak maid, bila wkend tu sibuk hal rumah. Pastu pi mai pi mai sibuk nk bayaq hutang. Loan rumahla, loan keta, credit card (this damn card!), bayaq expenses sekolah anakla, repair keta-la, etc. Pandai Mat Salleh/ kapitalist bagi kita ralit dgn kebendaan thru iklan2 yg menggalakkan kita beli (consumerism) jadi tak dak masa nk tumpukan cari keadilan utk smua dgn cara masuk politik. (this tactic used in the West utk melalaikan anak2 muda to forget abt politics). Nak berenti skerat jalan tak boleh dah sbb banyak comittment. (tapi bersyukur dgn apa yg ada, janji badan sihat Insya Allah..) Aku dah 2-3 minggu plan nk minta Dz cerita kat aku cara nak save lagu2 yg Dz post kat blog ni pun tak terbuat lagi. Lagu2 dia groupkan tu tringat zaman kita muda2 dulu. La ni pun muda gak (dngaq lagu hilang tensiun) ..he..he. (agaknya kna ambik course time managment la).

Aku dok pikiaq jugak, satu cara nak tolong Madud in case of urgent need is to get his bank account no. Sapa nk contribute RM10 ke, RM20 ke, RM 100 ke, ikut sukalah... amal jariah.. I believe Madud tau guna duit tu klau mai dari kwn2..

OK, stakat ni lah dulu. Yg trpanggil utk tulis kali ni ialah bila Dz kata mayb he did us a favor sbb bagi kita tgelak dengaq Madud punya HP kna ragut... that is totally WRONG! Kita tak macam tu, btui tak Koden, Ain, etc.?

Bye n salam dari McE

April 28, 2008 11:04 AM

Hahahahaha...aaggghhh...Aku sebenaqnya sindiaq, perli dan apa apa lagi lah. Aku rasa kesian kat mamat ni tapi aku tak tau camana nak buat lagi. Wahyu untuk nak bagi dia tak se susah lanie belum sampai.

Aku tau hampa MUNGKIN tak tergelak, dan aku keluaq kan kata2 tu dalam anger kut last night. Reason being aku pun terlupa pasai dia lepas aku communicate ngan dia thru YMessenger. Sampailah semalam bila dia tiba tiba masuk komen kat blog ni. Aku dah kontek dia semalam thru fon..he's ok. Still kurang ajaq as always..hahahah joke babe.

Aku baru dok berjinak jinak ngan forum yang aku setup for us to use. Aku dah masukkan lapan makhluk dan aku dah pun email hampa semua. Kita mula dulu dan c how it goes lah. Kereta baru, kena test drive dulu. Pas tu dah pandai bawa baru kita modified.

Cadangan Mc E nak bagi amal jariah kat Madud aku tak setuju. Kita tak leh treat dia camtu. Kalau setahun sekali kita nak bagi zakat ka, sedekah ka oklah. Dia masih boleh bekerja dan ada skill yang orang lain tak dak , cuma perlu pendedahan sahaja. Expose yang aku buat kat Penang dan juga blog yang aku buka kat dia nampaknya tak mendatangkan hasil lagi maybe. Aku sedang cari cara yang termurah untuk promo dia thru the web.

C U guys...Gah apa jadi kat dia ha? Lama sungguuh tak dengaq habaq. Ada dalam Malaysia ka atau dok pusin donia!!! Any body got any update on Ta, please share.



Sunday, April 27, 2008

MADUD

Assaalaamualaikom, kawan2 semua yg slalu layari webpage ni, rasa nya ari tu dah komen skit, agaknya owner tak paparkan kot? sensitip kot? tak mengapa. bukan penting atau relevant pun.
Anyway ni Madud ni, nak bagi tau laa saya dah beli HP Nokia1200, basic model saja, janji bleh pakai, hargaRM120, saja. dah dua minggu kot? jadi nak kontek kawan2 n sedara mara semua tak boleh pasai tak hapai no depa n no2 hangpa semua. jadi di sini nak minta la no2 sapa2 yang sudi nak bagi no tipon masing.
Kat Dzamri, saya ucapkan jutaan terima kasih laa, pasai banyak tolong saya, niat dan usaha anda Allah Taala saja yang membalasnya, tak nampak lagi jalan aku nak balas budi kawan2 yang turut bagi sumbangan tu.
Tau-tau saja lah, oh? Kawan2 mana nak tau kan? Tak apa lah, tak tau lagi baguih. :)
Ini pun tumpang pc kat pejabat Haji Yusop, hangpa ingat tak Haji Yusop yang duduk kat jalan Masjid dulu.
Haji Usop pun dah nak pakai pc dia, jadi aku kena berundork dulu la watmasa ni. Sekali lagi, ASSALAA MU ALAIKOM

Madud dah selamat beli telepon. No.dia serupa cam dulu jugak kut. Tapi yalah, aku pun dah lupa masa aku post dulu cerita pasai h/p dia hilang, tak dak sapa respon pun dalam blog ni. Mungkin yang respon direct kat dia ke aku tak tau lah. Atau mungkin yang gelak ketawa merasakan cerita tu sebagai satu kelucuan yang memeritkan bagi dia, pun tak pa jugak, sekurang kurangnya hampa dapat gelak jugak.

Walau camana pun, bila susah camni lah nak kenai kawan ka rewang ka. Kut mana pun tak pa. Allah bagi jadi cerita cerita camni semua untuk kita renong lah kut. Dia gerak jari jemari aku untuk tulis pun, kerana keizinan dia. Kalau dia nak gerak hati hampa pun ...atas dia lah.

Yang sebenaqnya aku tak dak buat banyak mana pun untuk tolong Madud ni, setakat mampu sajalah. Din I Love U pun banyak gak membantu, Jan Darus lagi lah banyak aku rasa. Ni time dia, esok esok mana tau time aku ka , hampa ka...wallah huallam bissawab.